PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Movie Review - In Time


Minggu ni aku berkesempatan untuk menonton filem "In Time" Lakonan Justie Bieber  Timberlake dan Amanda Seyfried. Filem sains fiksyen yang berorientasikan "MASA" itu adalah Emas/Duit/Segalanya.

Digambarkan pada masa hadapan nilai wang kertas adalah tidak lagi laku dan digunakan dalam transaksi kehidupan di mana saintis moden telah mencipta gen baru "diletakkan" di dalam badan manusia sebagai salah satu cara mengawal masa kehidupan manusia (mengelakkan lebihan populasi)

Setelah berumur 25 tahun setiap gen akan berfungsi dan menetapkan berapa lama manusia boleh hidup (ok merepek). Dan yang pasti seperti dunia nyata semua manusia yang kaya seolah-olah mahu hidup selamanya "money buy everthing"

Justin timberlake anak tunggal kepada ibunya yang hidup di time zon (18) iaitu kawasan gelandangan di mana orang miskin di kerah untuk bekerja bagi orang kaya ( time zone greenwich) . Gaji mereka di bayar dengan menambah masa yang ada di tangan segala perbelanjaan juga di bayar mengunakan masa di tangan.



Cerita bermula apabila Orang Kaya dari zon greenwich turun ke zon di mana justin timberlake hidup untuk merasai kehidupan mereka. Justin menyelamakatkan orang kaya tersebut dari dirompan oleh "minutesman" perompak masa di kawasan tersebut. Orang kaya itu memberikan masanya kepada justin sebagai hadiah. disitulah segalanya bermula

Di kejar oleh polis (time keeper) merasai nikmat menjadi orang kaya bertemu dengan anak jutawan dan berjuang untuk kebebasan.

Dapatkah Justin Timberlake memecahkan teori kapitalis darwin yang mengawal dunia ketika itu? Saksikan di pawagam terdekat ;-)




P/S Mostly its about fact yang mana orang kaya bertambah kaya, orang susah di perah untuk orang kaya, orang kaya ingin hidup selamanya. atas kematian orang susah itulah kapitalis.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


2 Dakwat Tumpah:

.::WaNiE::. said... [Balas Komen Ini]

ok tak paham citer ni kene tengok dulu kot kihkihkih

makdara TERdiva said... [Balas Komen Ini]

citer ni not bad..

kiranya tak sempat nak bernafas, duk main kejar2 jer.. :)

paling best sbb dpt tiket free :)

Post a Comment

 Online User