PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

10 Ditarik Gelaran Oleh Pemangku Sultan Kelantan

KOTA BHARU: Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra, semalam, menarik balik gelaran dan darjah kebesaran negeri daripada 10 individu termasuk tujuh Datuk Paduka dan tiga Jaksa Pendamai (JP). Tujuh Datuk Paduka yang ditarik balik pingat masing-masing adalah Ahli Dewan Negara (PAS), Senator Ahmad Rusli Iberahim; bekas Pegawai Kewangan Negeri, Shkori Mohamed; bekas Pegawai Jajahan Kota Bharu, Ismail Ghani dan empat ahli perniagaan iaitu Wan Hassan Wan Zin; Mohd Raihan Dr Eusuff Teh; Tan Huat @ Tan Liang Chong serta Ibrahim Ab Kadi


Tiga pingat JP yang ditarik balik adalah daripada kontraktor, Yusri Che Noh; bekas pegawai Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) Tengku Ahmad Zahari Tengku Abdul Kadir dan pegawai bank, Tengku Abu Bakar @ Tengku Azman Tengku Ismail.

Jumaat lalu, tindakan sama diambil oleh Jumaah Majlis Diraja Johor apabila melucutkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk daripada empat individu termasuk bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Meng yang kini Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan penjelajah solo ke Kutub Utara dan Kutub Selatan, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir.

Dua lagi ialah adik ipar Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, iaitu Komander Shaftdean Lutfy Rusland yang berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut dan seorang peguam, Hassan Yunos.
Pengumuman pelucutan gelaran dan darjah kebesaran negeri Kelantan itu dilakukan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Mohd Aiseri Alias pada sidang media di Kota Darul Naim.

Mohd Aiseri berkata, semua individu diambil tindakan terbabit sudah dimaklumkan mengenai keputusan penarikan balik pingat dan darjah kebesaran masing-masing menerusi surat.

“Penarikan balik pingat ini adalah hak Pemangku Raja Kelantan yang dibuat mengikut hemah dan budi bicara baginda,” katanya yang enggan menjawab soalan daripada wakil media berhubung tindakan itu.

Sebelum ini, sumber memberitahu Berita Harian tindakan melucutkan pingat dan darjah kebesaran Kelantan itu diambil Tengku Muhammad Faris Petra berikutan kegagalan semua individu berkenaan menjaga integriti sebagai penerima darjah kebesaran negeri ini.

Dua daripada individu yang dikenakan tindakan terbabit juga sedang berdepan perbicaraan di mahkamah selepas didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)


Sumber - Berita Harian

TintaBicara : Daulat tuanku.Sudah tiba masanya Raja-Raja melayu bertindak pada mereka yang menyalah guna Darjah Kebesaran yg diberi.Supaya institusi Raja-Raja terus Terpelihara



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


3 Dakwat Tumpah:

ainasuhana said... [Balas Komen Ini]

tak tau pulak leh tarik balik kan..
baru tau..

MOFASAD said... [Balas Komen Ini]

NASIB BAIK PANGKAT AKU BLOGGER PICISAN BELUM TARIK LAGI...

>>_____<<



...
JANGAN LUPA MAKAN TENGAH HARI OK!!!!
>>_____________<<

Anonymous said... [Balas Komen Ini]

baru ak tau bole tarik balik..hoho

Post a Comment

 Online User