PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

CIUMAN PEROKOK BAWA MAUT?

MELBOURNE: Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak.

Prof Robert Booy, pengarah penyelidikan di Pusat Imunisasi dan Penyelidikan Kebangsaan di The Children's Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria berbahaya pada kerongkong mereka.
"Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium.
"Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah," katanya seperti dipetik laporan Australian Associated Press.

Menurut laporan itu, seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia.

Sumber - Bernama

TINTA BICARA - Dah kata pun merokok membahayakan kesihatan cukup2 la dengan bunuh diri sendiri jangan bunuh insan yang tersayang :-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


6 Dakwat Tumpah:

Miss Izah Mohamed said... [Balas Komen Ini]

erkk... yg menghidu asap ni pon same terdedah bahayanye... adoilaa

- elina - said... [Balas Komen Ini]

lepas ni kena cari husband yg xmerokok la..
baru anak2 selamat...
:D

Teja Evalea said... [Balas Komen Ini]

xisap rokok sme je ng isap,, baik isap je hohoho

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

hey hey ;-) katakan taknak pada rokok ia membahayakn kesihatan

pijoe said... [Balas Komen Ini]

nasib la tak cium budak2.. heee

HEROICzero said... [Balas Komen Ini]

uissshhh bahaye sungguh ciuman aku.. wakakaka~

Post a Comment

 Online User