PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Harry Potter Kini RM 1.03 Billion

GAMBAR menunjukkan salah satu adegan yang terdapat dalam filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1.


Wah baru je beberapa harry lepas ia telah mengutip sebanyak RM 190 juta baca kat sini
kali ini

Filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1, yang merupakan bahagian pertama daripada buku terbaru karya J.K. Rowling mencatatkan kutipan box-office di United Kingdom (UK) pada tayangan hujung minggu dengan perolehan kasar mencecah AS$29.2 juta (RM91.4 juta), menurut kenyataan Screen International.

Filem yang mengisahkan tentang sekumpulan ahli sihir itu turut memecahkan rekod box-office di seluruh dunia dengan memperoleh AS$330 juta (RM1.03 bilion).

Menurut kenyataan pihak Warner Brothers, di Amerika Syarikat (AS), filem itu mendapat kutipan sebanyak AS$125 juta (RM391 juta).

"Ini hanya permulaan bagi filem kedua terakhir francais Harry Potter," kata ketua pengedaran filem itu di AS, Dan Fellman.

Sementara itu, filem Due Date berada di tempat kedua di UK diikuti dengan filem Despicable Me.

Filem sains fiksyen, Skyline jatuh dua anak tangga di tempat keempat.

Ia diikuti oleh filem Jackass 3D di tempat kelima.

Tempat keenam diisi oleh filem yang memaparkan ejen-ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang sudah bersara, RED.

Filem animasi Alpha and Omega pula dilihat kembali mendaki carta dengan berada di tempat ketujuh selepas jatuh ke nombor 13 sebelum ini.

Filem Bollywood, Guzaarish berada di tempat kelapan, mengatasi filem mengenai facebook, The Social Network yang jatuh dari tempat ketujuh ke tangga ke sembilan


p/s aku jugak masih tak sempat nak tengok2 :-(






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


7 Dakwat Tumpah:

De'din said... [Balas Komen Ini]

tggu my bro download lah !
hihi !

btw, jom join contest dedin

Sara Mysara said... [Balas Komen Ini]

say dh tngok citer harry potter yg terbaru tpi x habis..
tngok kt cinema tpi blh laa plk habis awl..huhuhu..
sedihh..

Melle Abadi said... [Balas Komen Ini]

belum tengok lagi cerita ni, tapi tengah tunggu paranormal acitivity 2!

Anati Soki said... [Balas Komen Ini]

T___T sy belum tgk lg... T___T

Aida Azryn said... [Balas Komen Ini]

Fulamak! o_0

Unknown said... [Balas Komen Ini]

wani pun tak tengok citer tuh lagi ! nak tengok . huhuh

sirap said... [Balas Komen Ini]

gempak

Post a Comment

 Online User