PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Harga Minyak RON 95 Pulak naik ohooooooiii




Assalamualaikum hahah baru habis di buai dengan cerita fantasi Rapunzle balik je rumah terus bukak blog wahhh berita menjadi jadi penat dah aku buat post pasal naik minyak bermula dengan RON 95 naik selepas tu RON 97 pulak naik

Hari tu aku dah buat review separuh lengkap mengenai kenaikan minyak RON 95...tapi kali ini aku dah malas dah sebab kenaikan menjadi jadi.....bayangkan kami kebanyakan pengguna minyak kuning adalah dari golongan sederhana tak patut tak patut.....

Hari ini dikejutkan pulak dengan kenaikan lagi
Oh tak lupa Gula juga naik Macam biasa kita akan dengar ayat begini dari pak pak menteri kita

Menteri 1
" Aha saya sarankan rakyat kurangkan gula dalam minuman tambahkan manis dalam senyuman"

Senator 2
" Hrm bagi pendapat saya berkongsi kenderaan adalah yg paling mudah kalau tidak pun apa salahnya kalau naik je pengangkutan awam.

Ketua Pemuda
"Kita faham tapi kita tak akan ada pilihan harga minyak global meningkat"

Pak mat tempe kedai kopi
"Alahai macam mana la nak isi minyak ni minyak yang naik 5 sen habis bawang ikan sayur daging dan ayam pang pung terus naik"

Ibu yang kesedihan
"Anak hari ini kita makan nasik berlaukan garam je la ye nak"

Cerita memang hebat tapi yang hebat2 kat atas tu lah minyak dok masuk petty cash claim duit cukai yg pihak swasta seperti kami bayar.... mereka jugalah yg mengamalkan pembazirah berhemah apabila makan di hotel2 lima bintang 6 bintang 10 bintang.....


Jem kepala..... sekadar beberapa contoh baru.....ada sesiapa di dalam agensi berkaitan yang ambil peduli ataupun buat penilaian sebelum menetapkan dasar? di manakah think tank penasihat kanan bentara kiri bagi memanda Negara Malaysia Betuah ini.....

Hilang mood nak review filem rapunzle.....
P/S Kepada yang terlepas nak menangi 20 ringgit tadi di midvalley nantikan update tengah hari nanti anda mungkin yg bertuah memenangi wang tunai berikutnya :-)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


5 Dakwat Tumpah:

Sharinginfoz said... [Balas Komen Ini]

benda yang naik siapa yang suka kan

Cik Puan Kocik said... [Balas Komen Ini]

naik lagi ker? adussss

Cikgu Jaja™ said... [Balas Komen Ini]

inikah die pencapaian di utamakan rakyat di dahulukan???? hhmmmmmpphhhxhxhhdjhwjdhej

izryn said... [Balas Komen Ini]

memang benar apa yang di ulas.....kos sara hidup semakin tggi tetapi ada golongan yang terus2an menekan golongan tertentu...gagal menjadi pemimpin yang baik..bergelut dgn kuasa sehingga lupa peranan terhadap masyarakat...masyaallah

kaizen shinobi said... [Balas Komen Ini]

naik lagi? cheh!

Post a Comment

 Online User