Kadang kala, kita mungkin tergelincir di pertengahan jalan sepanjang kita menongkah arus kehidupan.Kadang kala kita harus melepaskan sesuatu untuk mendapat yang lebih baik.Kadangkala kita terlepas apa yang ada di tangan dan terlepas juga perkara yang kita dambakan.Begitulah kehidupan.
Demi survival di tempat yang penuh cabaran, aku pernah memilih melepaskan niat menulis bagi mengejar cita cita,impian dan juga masa depan.Tapi bila di renung kembali aku merasakan tak salah jika kita cuba mengimbangi antara karier dan juga "hobi:" jadi aku memilih untuk menulis semula.
Dalam karier kadang kala kita terkhilaf dalam membuat keputusan. Samada perkara yang betul atau salah tiada yang termaktub kerana semuanya bergantung kepada situasi semasa.Dalam penulisan kita akan berada di persimpangan untuk memilih perkara mana yang patut kita kongsikan, personalkah,lucah kah dan sebagainya. Pernah satu ketika aku melihat penulisan lucah itu mungkin keyword bagi menarik pembaca,kerana kebanyakan wanita(tidak kesemuanya) suka memberikan komen kepada penulisan sebegitu.Tapi bila difikirkan pula aku hanya ingin berkongsi sesuatu yang menarik. Dilema.
Kalau di ambil perhatian, kebanyakan rakan rakan maya aku dari masa aku memulakan jejak pertama di alam maya telah mengambil keputusan untuk merehatkan diri lalu tidor dari bidang ini. Mungking kerana bagi mereka matlamat adalah bagi melepaskan masa terluang.tetapi ada juga yang terus melangkah maju kehadapan dan terus maju tanpa menoleh masa silam.
Justeru kali ini bilatintabicara kembali semula selepas melalui zaman kegelapan sebentar memilih untuk berkongsi rasa,pendapat,tempat tempat menarik,isu isu semasa dan juga membina kembali hubungan yang mula rapuh dek kerana ramai yang berusaha memilih populariti berbanding ......
Moga ini tidak menjadi penulisan aku yang terakhir
Di sebuah menara kolongmerat terkenal di ibukota.... seorang anak muda yang baru sahaja menamatkan pengajian dengan kepujian cemerlang telah datang untuk menghadiri satu temuduga bagi jawatan di syarikat tersebut, wajah yang mulus, tangan yang licin, muka yang suci ah mungkin masih mentah bagi menghadapi dunia yang kejam di luar sana.
Lantas apabila nama di panggil pemuda itu masuk ke bilik penemuduga dengan harapan yang mengunung,
setelah ahli panel penemuduga meniliti kandungan resume pemuda tersebut panel itu mengajukan beberapa soalan kepada pemuda tersebut...
Panel : Adakah anda memegang mana mana biasisiswa ataupun membuat pinjaman bagi melanjutkan pelajaran
Pemuda : Tidak
Panel : Adakah ini bermakna orang tua kamu yang menangggung segala kos pengajian dan sara hidup kamu ketika kamu melanjutkan pelajaran
Pemuda : Ya
Panel : Apakah pekerjaan ibu kamu?
Pemuda : Seorang yang mengambil upah mencuci pakaian, tuan.
Lantas panel meminta izin bagi melihat tapak tangan pemuda tersebut... sungguh licin dan bersih jadi panel itu terus bertanya adakah kamu tidak pernah membantu ibu kamu dalam tugasan harian beliau. Dengan nafas yang menghela pemuda itu mejawab, "Tidak tuan setiap kali saya ingin menghulurkan tangan Ibu akan memarahi saya dan mengarahkan saya supaya masuk kedalam bilik untuk menelaah pelajaran dan mendapatkan tidur yang mencukupi.
Baiklah saya mahu kamu balik ke rumah untuk membantu ibu kamu mencuci pakaian dan kembali ke sini pada ke-esokan harinya. Dengan hati yang teruja kerana menyangka peluangnya cerah pemuda itu pulang ke rumah untuk melaksanakan tanggungjawab yang di arahkan oleh panel penemuduga itu
Dirumah pemuda itu tadi beria ia untuk membantu ibunya, sambil itu pemuda itu mahu melihat telapak tangan ibunya...dengan perasaan gembira dan sedikit takut ibunya menghulurkan tanganya bagi di pegang oleh anaknya....
Alangkah terkejutnya si anak melihat kesan calar,luka lama di tangan ibunya,sungguh teruk air mata pemuda itu menitis jatuh, dengan perlahan lahan dia memeluk ibunya lantas mengambil baki pakaian yang hendak di cuci lantas dibersikah menggantikan ibunya... Inilah kali pertama beliau tersentuh kerana dengan tangan itulah yuran persekolahan, yuran pengajian dan kos sara hidupnya di berikan oleh ibunya ...
Pada ke-esokkan harinya dengan mata yang lebam kerana air mata yang tidak berhenti menangis pemuda itu hadir untuk temuduga pusingan ke dua.... lantas panel bertanya apakah yang telah dilakukan oleh pemuda itu dalam masa semalaman.... setelah menghabiskan cerita... Panel itu bertanya pelajaran yang baru sahaja di perolehi oleh pemuda itu yang tidak diperoleh selamat bertahun tahun di merana gading...
Pemuda : Tuan.... tanpa ibu siapalah saya hari ini tuan...sesungguhnya sungguh susah bagi ibu saya mencari wang bagi menampung perbelanjaan saya, syukurlah hari ini saya masih berpeluang untuk membalas jasa mereka..
Sambil menghela nafas panel itu berkata.... itulah yang kami cari pada calon yang ingin berkhidmat kepada kami..... Mereka yang menghargai teman sekerja yang sedar bahawa tanggungjawab itu adalah besar untuk dipikul dan tidak dihanyutkan kebongkan dengan segulung ijazah yang mereka perolehi
Tahniah anda dipilih
Lantas air mata pemuda itu berjurai jatuh buat kesekalian kalinya....
Sedikit perkara yang perlu di lakukan bagi memastikan
hidup anda semakin dan bertambah ceria katanya :-)
Kehidupan ini sepatutnya indah kan? siapalah pengatur agar kita sekolah , sambung belajar,dapat kerja,bayar hutang, dan bayar cukai lepas tu mati?itu pandangan dari dunia kapitalis yang semakin mempengaruhi hidup kita....
aku jugak nak ambil peluang menyatakan pendirian aku kat sini kepada pengkritik2 blogger....aku gembira kerana sebenarnya
mengkritik bukan bermakna membenci
bersetuju bukan bermaksud menyokong
berbeda pendapat adalah
teman berfikir yang terbaik...
cuba matlamat itu tak menghalalkan cara bukan?
jangan selalu selak kain orang nanti kain sendiri terlondeh tak nampak ;-)
5000 yang datang separuh di hantar pulang di peringkat PERTAMA
2500 yang layak 3/4 Kecundang! di peringkat KEDUA
Baki yang tinggal mungkin hanya 1 platun (12 orang) atau 2 atau 3 atau 4 yang layak menyarung tanggungjawab sebagai pasukan khas....
Datang Mu Tidak Di Undang Jika Ragu Silakan Pulang!
Adakah kita di luar sana sanggup menangkat senjata mengalas tangungjawab bagi mempertahankan Negara kalau ditakdirkan ancaman itu tiba? Sedangkan jiran sebelah harus tidak di kenal,berebut parking boleh memaki hamun,sesama rakan boleh tikam menikam? adakah anda di luar sana sanggup berkorban nyawa untuk mereka yang anda tidak kenali?
Mereka yang di gelar Rakyat Malaysia?
Atau mungkin hanyut di buai mimpi fantasi? dunia materealisitik? nah kapal mu kini berlayar di lautan tenang
ombak pasti akan tiba di kemudian hari,teruskanlah di buai mimpi kerana realiti nanti pasti terpatri!
Ok ini entry bukan PMS cuma diselami dengan sedikit emosi sikit ok kepada yang dah baca... semua tau henset hilang motor hilang bagai kan? bayangkan anda kehilangan henset dengan sim card
tiba tiba msg masuk
"Hye boleh berkenalan"
maka aku pun reply
"sapa ni"
dengan tidak mengenalkan diri mahupun bertanya kenapa aku tanya kau sapa ko bukan main nak sembur lagi ayat dia bagai ini
"oh tak ingat macam ni la kawan cyber ye mudah lupa bla bla bla"
aku pun tanya la
"kau tak tau ke henset aku hilang bagai sim card semua hilang aku siap mintak korang update nombor lagi kat aku kau yg lama tak sms lepas tuh kau nak emo emo pulak billa aku tanya nama" salah ke aku tanya siapa kau sebab aku hilang contact?
salah aku ke henset tu hilang tanpa kerelaan hati?
lepas sejam aku tanya balik kau sapa kan? dengan sopan santun?
kau jawab
"sapa ni" wahh annoyed gila jawapan kau kan?
siap boleh kata " saya delete semua msg ngan nombor lepas awak emo dengan saya" gosh sapa yg emo dengan sapa ni aku tanya nama ko kata emo yg ko melantun tak pasal pasal tu apa? sayang? memang .....demn it
Eh sodah lah geram tau tak saja je kan ni aku dah publish biar satu dunia baca tapi nombor kau aku tak letak sebab aku masih hormati kau! do learn to respect other if you want to be respect!
Benda simple je
kau msg
takder dalam contact ( handphone hilang sim card rosak banjir bagai tanah runtuh)
aku tanya nama
kau jawab
aku save
live move on kan?
Friend forever program :-)
Betul... tak tipu.....Sumpah....percayalah kat I sayang I betul sayang kat you lepas u serah kan segalanya tapi I terpaksa tinggalkan you bukan sebab u tak chantek bukan sebab u tak menarik bukan sebab u tak gebu i terpaksa tinggalkan you sebab u dah lari meninggalkan I. I cuba carik u ke sana ke mari sampai jam 3 pagi
tak jumpa jumpa i sedih i call u tak angkat i tak give up sampai subuh baru la i mengalah bila u tamatkan line mungkin bateri habis mungkin jugak u dah di angkut jantan lain auuuuuu.... i sayang u bini i... tapi i terpaksa i harap u ta salahkan i.
Kisah Bini Baru
Sayang susah payah I carik you dari Hari Hisnin sampai hari Jumaat tiap tiap maalam i carik u kat center i nak buktikan bila i nak sesuatu i mesti dapatkan lautan berapi pun i renangi inikan pula traffik jam kat Malaysia. Malam Isnin i datang mid valley carik u kul 10 diorang kta u dah habis....i sedih i balik penat u balik keje kejar sana kejar sini
Malam selasa I pergi pavilion kl carik u jugak ...... kul 8 Malam lepas Maghrib I stay office terus redah gi pavilion ...i tak gemar pavilion ni sebab banyak budak budak baru nak ups dating kat situ jeles i sebab i terasa tua bila lepak kat situ rindu zaman breakdance seluar longgar longgar tapi budak budak sekarang main shuffle gagaga i tak bleh buat sebab perut i dah besar :-o i pergi center diorang cakap you habis jugak sekali lagi i sedih i balik rumah.....
Mlam Rabu i tak larat nak jalan jauh jauh i pergi pandan kapital pandan indah carik u diorang kata u habis jugak peh siap kata 2 minggu kalau nak dapatkan u. i tak sanggup tunggu lama lama u....sangap ni gagagag takper besok malam i carik lagi...
Malam khamis..... I pergi Jusco Maluri carik u tanya apek tu u ada ke tak dia cakap u merajuk kene tunggu 2 bulan baru boleh dapat i cakap nvm forget about it i carik tempat lain
Jumaat i carik u kat KLCC diorang cakap kalau nak u kene datang awal awal......sebab u ni panas hangat mantop dan lazat orang beratur macam barang percuma takper i gagahkan diri nak carik u besok pagi pagi lepas subuh i carik u
Sabtu tepat jam 7 pagi i macam orang gila drive masuk kl carik parking mahal kat KLCC.... semata mata nak dapatkan u kul 8 I sampai orang da beratur i risau takut tak dapat u i sedih gagaga tapi bila sampai turn i diorang kata u ada lagi alangkah gumbiranya rasa hati weeeee tapi 16gb takder tinggal 32 gb i cakap tak kisah la asalkan i dapat u :-)
Akhirnya I dapat jugak miliku u kan sayang
Ouch i sayang u la bini baru i :-) i dah buat display seminggu kat office i saje je letak atas table bagi orang jels hik2 :-)
Entry gedik ber i u i u mcm na wekkkkks pun ada tapi sebab sayang kan layan kan aje hehehe
Allah turunkan hujan .....sebab nak hadiahkan pelangi yang Indah jangan lupa tu.!
Assalamualaikum maafla tak ada mood nak mengupdate kerana minggu exam sudah bermula kerja di pejabat pun bertambah tambah dugaan juga berjurai jurai jatuhnya dari langit ke tujuh.....
Ingat tah pada 1 haribulan 12 yang lalu bini aku telah pun lari meniggalkan aku sudah la jatuh bertimpa timpa......dengan kehilangan bini aku iaitu nokia 96
Hari sabtu yang lalu Madu Bini aku Yamaha LC 135 pulak di curi orang terasa sangat la sedih kerana patah sudah kakiku ingin melangkah pergi ke pejabat mahupun urusan urusan lain... nak guna kete memang tidak la kan dengan jarak jem dan kos yg semakin meningkat bagi orang bujang mcm aku motor tu lah teman yg terbaik kereta guna bila perlu dan bila meniaga je.....
Satu laporan polis telah pun aku buat di balai polis pandan indah untuk kes ini Alhamdulillah layanan mesra pihak polis dalam mengambil report adalah amat di hargai walau bagaimana pun setiap butir2 kata dan perlakuan harus aku jaga jaga berdasarkan tips tips berhadapan dengan pihak polis... baru dia tau dia tak boleh makan kita kan?
Laporan polis yg dibuat.....
Dan juga pertolongan juga telah di pohon dari rakan rakan fb seperti gambar di bawah
Sedih memang la sedih nak buat mcm mana rezeki dah tak ada kan :-(...... hari ni aku amik emergency leave untuk dapatkan pengesahan laporan polis dan juga proses claim insuran di wisma bumi jalan raja laut... aku tak boleh bayangkan bagai mana la layanan yg akan di beri pihak isurance provided bedasarkan apa yg member2 aku cakap memang macam tutttttttttttttttt ....time nak amik premium memang pelangi pun diorang tadah tapi bila nak claim macam nak renangi lautan api.... tapi tak apa aku akan jugak gagahi....
So kepada geng geng blogger area kl selangor dan negeri sembilan.....
REWARD RM 300 untuk Barang siapa yang menjumpai YAMAHA LC 135 WSF 3796 WARNA MERAH
TAMBAHAN RM 200 UNTUK KALAU DAPAT TANGKAP ORANG YG MEREMBAT MOTOR TU DENGAN SYARAT PUKUL DIA SAMPAI LUNYAI
Yang mana mana geng repo kereta ke student ke pekerja ke tolongla hamba ya tawaran valid sampai la claim isurance aku settle dan kes ini selesaii