PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

LAPORAN DARI GAZA - MOHON SOLAT HAJAT DARI SEMUA UMAT ISLAM MALAM INI!

Laporan dari Gaza Live!





Jom solat hajat ramai ramai semoga Allah memakbulkan doa hamba hambanya

Wallahualam
Regards




Baca Artikel Penuh..



AKADEMI TATIH SENI - NORANIZA IDRIS PRODUCTION

Masih ingat lagi Noraniza idris dan pengakap di dataran merdeka ? Clik Sini.
In collaboration with NORANIZA IDRIS VENTURES SB Kelas Dataran Merdeka Pengakap
dengan suka cita ingin memaklumakan bahawa sebuah akademi tarian yang diberi nama TatihSeni telah di lancarkan dengan jayanya di bawah naungan NoranizaIdris Venture SB



Baca Artikel Penuh..



KONVOI KEMANUSIAN DI SERANG KITA BOLEH BUAT APA?

BANDAR GAZA: Beberapa individu cedera apabila anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang dipenuhi aktivis pro-Palestin yang terikat dan berjuang untuk Gaza, menurut laporan televisyen yang dimiliki Hamas, sambil menunjukkan gambar mangsa yang cedera.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.
Rangkaian televisyen berkenaan berkata, dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.
Tentera Israel enggan mengulas berhubung laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot terbabit.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

Sumber AF/Berita Harian

Tinta Bicara : Sangat sedih dengan situasi ini bukan diserang biasa-biasa KOMANDO ok KOMANDO dalam sebuah sistem pertahanan KOMANDO adalah dilatih untuk membunuh " TRAIN TO KILL OR TO BE KILLED" jadi? di mana ARAB SAUDI? MESIR? dan negara negara ISLAM yang berhampiran dengan PALESTIN!!!! Kalau ARAB SAUDI, MESIR Sudi Bukak pintu sempadan tak perlu guna jalan laut agaknya?

Sebuah hadis Rasulullah SAW menyebut "akan tiba masanya manusia akan mengajak satu sama lain untuk membinasakan kamu (umat islam)sebagaimana orang mempelawa satu sama lain untuk menjamah hidangan makanan". Seorang sahabat bertanya "apakah disebabkan bilangan kami sedikit pada masa itu ya Rasulullah?" Baginda menjawab "bahkan bilangan kamu diwaktu itu adalah ramai tetapi kamu adalah ibarat buih di atas air ketika banjir. Allah akan cabut ketakutan dari dada musuh kamu dan dia akan campakan dalam hati kamu penyakit Al-wahn". Seorang sahabat bertanya pulak " Ya Rasulullah apakah dia al-wahn itu" Jawab Rasulullah "cinta dunia dan takut mati".

WALLAHUALAM





Baca Artikel Penuh..



NORANIZA IDRIS dan PENGAKAP? :-)




Assalamualaikum dan selamat malam
mahap la yer tak hupdate bloggie hari ini
adalah kerana kesibukan menguruskan perserta pengakap di kelas dataran merdeka :-)
oh ye hari ni jugak ketiga - tiga angkatan bersenjata Malaysia menjalani raptai sempena sambutan ulang tahun yang Dipertuan Agong Kita minggu hadapan memang meriah :-)


Berbalik kepada cerita asal

Tajuk Kelas hari ini adalah :Seni Asas dan Tari
Artis undangan yang bekerja sama dengan Pengakap Kelas Dataran Merdeka adalah
Noraniza Bt Hj Idris


Di mulakan dengan istiadat pengakap
selepas pembacaan persetian mereka dikumpulkan dalam satu kumpulan besar
dan Tatih Seni mengambil alih untuk intro kepada kelas asas tarian

saksika aksi mereka yang comel ini









Tinta Bicara - Ops tinta punya gambar tak der dalam list yer :-)






Baca Artikel Penuh..



Hantu Kenapa la kau ni Bijak sangat :-)

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

“Apsal kau ni asyik menggigil je?”

“Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais…sejuk!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

“Ooo..kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah.

“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.” Balas Hantu B.

“Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu.

“Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih..”

“Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.”

“So, ko dapatla tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.

“Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak…” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

“Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.


TintaBicara - Ini adalah rekaan semata mata bertujuan menceriakan hari anda :-)

Sumber - Tidak dapat dipastikan kerana ia diperturunkan dari generasi ke generasi



Baca Artikel Penuh..



MENGUMPAT?Dah Cukup Bagus ke....

Fakta
- Lidah adalah organ yang digunakan untuk merasa dan mengunyah makanan selain itu lidah jugak digunakan untuk bercakap ( HEBAT KAN?)

Peribahasa
- Terlajak Sampan boleh diundur Terlajak kata binasa akhirnya.

Berdasarkan buku Bidayatul Hidayah,jagalah lidah kita ni daripada 8 perkara:
1.Bohong
2. Menyalahi janji
3.Mengumpat orang
4. Berdebat atau bertengkar dan suka membantah perkataan orang lain.
5.Memuji diri sendiri.
6.Melaknat.
7.Mendoakan kecelakaan bagi org lain.
8.Bergurau, mengolok-olok dan mengejek orang lain.

Ok kat sini tinta nak fokus kan kepada MENGUMPAT yang biasa kita lakukan.Biasanya tak kira lelaki atau wanita bila dah lepak beramai-ramai mengumpat adalah agenda WAJIB kan samada secara sedar atau tak sedar ( alasan biasa)


FAKTA

- Dosa Mengumpat adalah lebih berat dari 30 kali berzina ( perumpaan betapa berat nya dosa mengumpat) jangan plak ada bijak pandai suka suka nak buat statement ok la
"aku taknak mengumpat aku nak berzina" WAKLU ! :-)

Firman Allah

- Allah SWT telah berfirman:
“Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah menjadi bangkai? Maka sudah tentu kamu merasa jijik daripadnya” Surah al Hujurat,ayat 12.


Tak Percaya? jom layan Video YouTube untuk gambaran lebih lanjut


Dah tengok? masih nak mengumpat? teruskanlah ambo dah selesaikan tugas menasihati :-)

Harap perkongsian hari ini dapat mengajak diri saya,sahabat2,kawan2 dan teman2 semua utk kita saling bermuhasabah dan menilai diri kita.siapa kita di sisi Allah SWT. Sbg renungan:

"Tidak ada aib yang lebih besar drpd seseorg yg mengangap dirinya bersih dari segala dosa dan kesalahan”.


Regards Tint Bicara







Baca Artikel Penuh..



6 kAli lebih laju dari kelajuan bunyi?


- pesawat yang kecil di bawah sayap pesawat yang besar-

WASHINGTON – Sebuah pesawat ujian milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS), X-51A Waverider mencatat rekod dunia penerbangan supersonik selepas ia terbang selama enam minit pada kelajuan Mach 6 atau enam kali kelajuan bunyi iaitu kira-kira 7,416 kilometer sejam.

Tentera Udara AS melaporkan di laman webnya bahawa X-51A berlepas dari sebuah pesawat pengebom berat, B-52 Stratofortress di pesisir pantai selatan California kelmarin dan ia memecut hingga Mach 6 selama 200 saat sebelum hilang momentum menyebabkan ujian itu ditamatkan.

“Kami benar-benar teruja kerana ujian tersebut mencapai kejayaan dengan perubahan daripada penggunaan pesawat enjin kipas selepas Perang Dunia Kedua kepada enjin jet,” kata Pengurus Eksperimen Program X-51A, Charlie Brink.

Rekod sebelum ini cuma 12 saat.

Sumber – AP

TintaBicara wow? tapip masih tak bleh menandingi kepantasan buraq kan? :-)





Baca Artikel Penuh..



OK FINE MEROKOK TAK BAHAYAKAN KESIHATAN ...

Sapa Kata Rokok Membahayakan Kesihatan....

Ternyata Rokok Tidak Berbahaya. Banyak orang khuatir bahaya rokok dan menakutinya, tapi setelah diselidiki oleh beberapa pakar dalam bidangnya ternyata rokok itu sama sekali tidak berbahaya. Kemudian para pakar sepakat untuk membuktikannya dengan mengambil dari beberapa hikayat pada zaman dahulu kala di mana kala itu nenek moyang kita pun telah membuktikannya melalui beberapa percobaan. Buktinya seperti cerita di bawah ini, dia tetap sehat walafiat. Untuk lebih jelasnya dapat dibuktikan lewat penemuan oleh beberapa dari ahli di bawah ini:

Pada zaman dahulu kala, ada tiga orang doktor. Mereka selalu bersama ke mana saja mereka pergi. Tapi ketiga-tiganya memiliki kegemaran berlainan.

A. Dr Jon Sumawan (suka main perempuan)
B. Dr Jon Walker (suka minum minuman keras)
C. Dr Jon Kretek (suka segala jenis rokok)

Suatu hari ketiga sahabat ini berjalan jalan tanpa tujuan. Tiba-tiba ketiganya bertemu dengan sebuah ketel/kendi (seperti cerita Aladin). Lalu salah seorang mengambilnya dan menggosok ketel tersebut. Sejurus kemudian asap keluar dari corong ketel tersebut dan secara perlahan berganti menjadi satu makluk yang menyeramkan yakni sesosok jin yang ganas. Lalu jin tersebut tertawa:

'Ha ha ha...' dan berkata 'Akulah Jin Ifrit! Karena kamu telah membebaskan aku dari ketel itu maka aku akan tunaikan apa saja permintaan kamu sekalian.

Ketiga sahabat yang pada mulanya panik dan takut menjadi gembira lalu termenung dan berpikir tentang peluang dan kemahuan masing-masing yang mungkin hanya sekali mereka jumpai dalam hidup mereka. Lalu mereka memilih kemahuan mengikuti kegemaran masing-masing.

Berkatalah si A,'Aku mau perempuan-perempuan muda dari berbagai bangsa di seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun. Pufff ........!! dengan sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si A.

Berkata si B, 'Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.' Pufff .......... !! dalam sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si B.

Berkata pula si C,'Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekal selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.' Pufff ........... !! dengan sekejap mata jin itu menyempurnakan permintaan si C.

Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu gua masing-masing sebagaimana yang dijanjikan. Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, ketika dibuka maka keluarlah si A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak bisa karena tidak sanggup untuk menggerakkan lutut sebab hari-hari hanya memuaskan nafsu dengan perempuan. Tiba-tiba si A pun jatuh ke tanah lalu mati!!

Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si B, ketika pintu dibuka maka keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit karena hari-hari mabuk-mabukan. Jalan pun terhuyung-huyung. Tiba-tiba si B pun jatuh ke tanah lalu mati !!

Setelah itu jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba2 si C keluar dalam keadaan sehat walafiat dan terus MENAMPAR si jin Sambil memaki si jin. Dia berkata: JIN GOBLOKKKK ...!!!! MANCISNYA MANA ...???!!!

Morale of the story:
Confirm rokok tak membahayakan kesihatan kalau tiada mancis atau pemetik api.

Kah kah kah!!!...




Baca Artikel Penuh..



OK ISU HALAL DI MANAKAH TITIK NOKHTANYA?

KUALA LUMPUR: Nasi ayam dihidangkan enak bukan kepalang, namun berpuluh-puluh pelanggan yang sedang menjamu selera di sebuah kedai nasi ayam terkenal di Bukit Bintang, di sini, semalam tersentak apabila premis terbabit tiba-tiba diserbu pegawai penguat kuasa agama kerana didapati menggunakan logo halal palsu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Lebih menyakitkan mata, pemilik premis yang sering dipenuhi umat Islam bagaikan sengaja cuba memperdaya pelanggan apabila memasang tiga logo halal Jakim bersaiz besar di hadapan premis bagi menarik kedatangan orang ramai.


Tindakan tidak bertanggungjawab pemilik kedai nasi ayam terkenal itu bagaimanapun berakhir apabila sepasukan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya dan pegawai Jakim melakukan pemeriksaan mengejut sekitar jam 11 pagi semalam.


Sumber KPDNKK berkata, pemeriksaan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan awam yang ragu terhadap status halal dan logo Jakim yang dipamerkan secara berlebih-lebihan di premis menjual nasi ayam berkenaan.


Menurutnya, pegawai KPDNKK dan Jakim yang melakukan pemeriksaan mendapati pemilik kedai nasi ayam terbabit menggunakan logo halal Jakim tanpa kebenaran.


“Pemeriksaan mendapati pemiliknya sengaja memasang logo halal Jakim bersaiz besar di hadapan dan sisi tepi restoran terbabit bagi menarik perhatian orang ramai. Siasatan lanjut mendapati kedai nasi ayam terbabit sebelum ini pernah diberikan pentauliahan sijil halal Jakim beberapa tahun lalu.


“Malangnya pemilik kedai terbabit gagal mematuhi syarat pensijilan halal Jakim menyebabkan sijil halal Jakim yang diberikan itu ditarik semula pada Oktober tahun lalu,” katanya.


Menurutnya, pemilik premis terbabit pernah diberikan notis supaya menurunkan logo halal terbabit, namun dia didapati ingkar dan masih menggunakan logo halal Jakim semata-mata untuk meraih keuntungan daripada pelanggan Islam.


“Tindakan menarik semula sijil halal diberikan sebelum ini berpunca sikap pemilik premis tidak menggunakan pekerja beragama Islam seperti disyaratkan sebalik menggunakan pekerja Myanmar serta Nepal untuk memasak dan menyajikan makanan.


“Malah, ketika serbuan dilakukan hari ini (semalam), pemilik kedai menjual nasi ayam itu masih enggan akur dengan nasihat Jakim apabila terus menggunakan khidmat lebih 10 pekerja warga asing bukan Islam di restoran berkenaan,” katanya.


Baca Lagi di Sini - Harian Metro


TintaBicara : Katanya Negara Isle? Takkan negara Isle perlu carik yg hale? bukanke yg buke isle yg kene carik makanan haram diorang apo kes ni jang?




Baca Artikel Penuh..



KJ SUDAH MASUK WATANIAH, ANDA BILA LAGI????



ANDA SEMUA MASIH INGAT LAGI ENTRY TINTA TENTANG SERANGAN DI WAKTU SUBUH CLICK SINI

Ha kini wataniah telah mendapat nama akibat penyertaan prebet kj wahhh ikuti laporan ini


1. Macam tidak percaya tapi itulah hakikatnya apabila saya menyaksikan sendiri Ahli Parlimen Rembau dan juga Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin (KJ) mengetuai kawad selepas tamat latihan sebagai askar dalam Wataniah.

2. Saya memang selalu menghadirkan diri dalam majlis-majlis anjuran tentera, hari ini saya pelik apabila melihat mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pun datang dengan isterinya,bapa mertua KJ malah "orang rumah" KJ pun datang.

3. Habis gemparlah Kem Wataniah Rasah untuk Rejimen 508 Askar Wataniah itu dengan segala VIP macam Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan...dan....Jason Lo pun ada. Jason ni penyanyi lagu "Evening News", emmm apa kena mengena Jason ini dengan KJ atau isteri dia yang ada kaitan dengan KJ atau keluarga Pak Lah.

4. Agak kurus dan rentung KJ tetapi saya akui lah walaupun saya bukan penyokong beliau, tetapi secara ikhlas saya KJ fikir langkah beliau menyertai Wataniah ini merupakan satu perkara yang sangat baik malah beliau sendiri segak dan berkarisma sebagai seorang tentera.

5.Oleh kerana kawan wartawan mengenali saya sebagai blogger, maka saya dijemput sama untuk menyertai sidang media bersama KJ, jadi marilah kita ikuti temubual saya dengan KJ dan apa KJ cakap pasal Askar Wataniah :

SHAHPASKAL : INI PASAI APA SAUDARA KJ MASUK WATANIAH NI?

KJ : 6210405 itu identiti saya (KJ) selama satu bulan, di Rejimen 508 Wataniah di mana apabila kita masuk dalam rejimen ini, kita tinggal segala gelaran, pangkat di luar pagar

KJ : Di sini tidak ada siapa panggil saya yang berhormat atau YB, saya(KJ) tidak diberi apa apa keistimewaan, saya dianggap sebagai perajurit biasa dan seperti mana, yang disebut oleh Menteri Besar tadi, daripada saya hanya menerima pangkat kehormat, sedangkan saya masih lagi muda, ada sedikit stamina, baik saya sertai terus Askar Wataniah.

KJ : Memamg betul saya ditawar pangkat kehormat (pangkat tanpa latihanlah), mejar ke, kolonel ke, tetapi bagi saya kalau nak pakai uniform itu, terutama sebagai orang yang masih muda kita kena lalui daripada bawah. Jadi dalam askar ini dia tidak ada jalan pintas, dia kena mula dari bawah.

KJ : "I was a normal rekrut like any other rekrut dan saya tidur dengan dia orang, saya masak dengan dia orang, saya makan dengan dia orang, saya mandi dengan dia orang, semualah kita buat sama,".

KJ : Sebab saya hendak tunjuk askar Wataniah ini satu program yang bagus yang perlu dapat sokongan dan penglibatan daripada generasi muda di Malaysia. Kkita tidak ada kerahan tenaga seperti negara negara lain, kita ada PLKN tetapi PLKN dia lebih kepada satu latihan yang boleh dikatakan ringan. Walaupun PLKN tiga bulan dan Askar Wataniah ini satu bulan, askar ini, saya belajar satu benda.

KJ : A.S.K.A.R maknanya Azab Seksa Kau akan Rasa.

Sumber MilitaryInfo

TintaBicara - Ayuh rakyat Malaysia tak kira goment swasta pelajar mahupun suri rumah sepenuh masa jom kita laksanakan konsep doktrin " Pertahanan Menyeluruh"
Kita adalah benteng kepada negara kita di masa hadapan

Sila Layari website regiment 515 askar wataniah - Lokasi Kuala Lumpur untuk dapatkan maklumat lebih lanjut bagi menyertai sukarelawan wataniah

Tahniah Prebet Khairi :-)


Baca Artikel Penuh..



SEgmen Baru - Doa Doa dalam Islam Pt3

Doa ketika takutkan kezaliman pemerintah


Maksudnya:
Ya Allah, Tuhan tujuh lapis langit dan Tuhan Arasy yang agung, jadilah pelindungku daripada Fulan bin Fulan...(sebutkan nama), dan kuncu-kuncunya daripada makhlukMu yang mahu bertindak jahat atau ganas ke atasku. Sangat mulia pelindunganMu dan sangat tinggi pujianMu, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.

Renung-Renungkan Selamat Beramal
TintaBicara


Baca Artikel Penuh..



NOMBOR PUAKA PUAKAHKAH?

LONDON: Sebuah syarikat telefon bimbit menggantung nombor 0888 888 888 daripada dilanggan selepas setiap seorang yang memilikinya mati sejak 10 tahun lalu.

Pemilik pertama adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Mobitel, Vladimir Grashnov. Mobitel yang menawarkan nombor berkenaan.


Ahli perniagaan Bulgaria itu mati akibat kanser ketika berusia 48 tahun pada 2001.


Nombor itu kemudian digunakan ketua mafia Bulgaria, Konstantin Dimitrov, sebelum dia akhirnya ditembak mati oleh pembunuh upahan pada 2003 Dia baru berusia 31 tahun apabila ditembak mati ketika makan bersama seorang model di sebuah restoran.


Ahli perniagaan, Konstantin Dishliev, menjadi pengguna ketiga, tetapi dia juga ditembak di luar sebuah restoran di Sofia. - Agensi

Sumber Harian Metro

TintaBicara - Kat malaysia ada gak ke nombor puaka :-)



Baca Artikel Penuh..



HUTANG? OK FINE? - Entry Ke 100

Assalamualaikum
selamat malam kepada semua sahabat-sahabat alam maya walau jauh di mata dekat di hati
dengan seronoknya ini adalah entry ke 100 saya
thanks kat gb sebab walaupun blog ini dah di cipta lama tapi di biarkan sokmo teperam dengan alasan sibuk skarang ni baru lah beriya iya nak menghupdate kan blog yg kesian ini :-)

Malam ini tinta nak share tentang satu masalah masyarakat melayu zaman sekarang ni
pandai buat hutang tapi memang liat tak reti- reti nak bayar!.

5 Sebab Saya Baik Hati Bagi Kawan Pinjam Duit


1) Saya ni orang susah so tak bleh tengok kawan kawan dalam kesusahan
2) Kata pun member kalau kita tak tolong sapa lagi nak tolong
3) Ye saya dapat rezeki dulu( dapat kerja paling awal) so saya berkongsi lah dengan kawan kawan
4) Dah kalau kawan kawan datang menangis-nangis mintak tolong...takkan nak biar kot
5) Islam menganjurkan umatnyer membantu saudara sesama Islam betul tak?

Al kisah pinjam punya pinjam sampai la masa nak kutip hutang tu balik!
5 Alasan taknak bayar hutang

1)Bank dah tutup tak bleh keluar duit (padahal skarang semua online tuh ada kad bank boleh online transfer) FINE
2) Der hujung bulan la yer aku pun tengah sesak (ok kasihan) FINE
3)Tunggu lah aku keje yer der aku tak keje takder pendapatan tetap (WOW) tengok handphone I PHONE OMG Kete dah macam kete aku Moto pun Sama tapi?FINE
4) Weh ko sapa aku tak kenal ko mana ada aku hutang ( Wow) Belajar tinggi ke langit sombongbodoh pun sama tinggi jugak) FINE

5) Yang paling best! Weh hutang tu dah lama 5 tahun kan ko tak halalkan lagi ker hek eleh yg ko kusut- kusut mintak kat profile fb aku apahal ko nak ko call jer la weh aku bagi la jangan la jatuhkan maruah aku..... Terus tak terkata kata...

Err...Aku kene marah? aku salah ke sebab tolong kawan..tak mengapalah
malam ini dengan hati yang tenang aku halalkan semua yang pernah ada hutang kat aku dunia sampai akhirat
duit tak boleh bawak ke kubur pun
Saya bukan Ahlong Ma
Saya mahu tolong Saja

Tapi InsyAllah
seorang Muslimin itu tak akan jatuh ke dalam lubang yang sama
untuk kali ke dua

Wallahualam
TintaBicara





Baca Artikel Penuh..



TERIMA KASIHHHH PENCURI ( Sebut dengan suara david arumugam)

KODIANG: Bosan dengan kegiatan mencuri yang semakin berleluasa di Masjid Ar Rahmah, Kampung Melele, di sini, ahli jawatankuasanya terpaksa mengambil tindakan memasang kain rentang bertulis sindiran "terima kasih kepada pencuri-pencuri yang sentiasa mencuri barang masjid ini, tapi ingat balasan Tuhan pasti akan tiba... tunggu", sejak tujuh bulan lalu.

Difahamkan, sebelum kain rentang itu dinaikkan, masjid berkenaan sering menjadi sasaran pencuri tanpa mengira waktu membabitkan pelbagai barangan antaranya unit sistem pembesar suara bernilai RM10,000, 15 unit kipas siling, jeriji dan penutup besi serta kepala paip selain motosikal ahli kariah hilang menyebabkan banyak kerugian yang terpaksa ditanggung pihak berkaitan.
Berikutan kejadian yang sukar dibendung itu juga ahli jawatankuasa masjid dan penduduk kampung berkenaan akhirnya mengambil keputusan menutup masjid kepada orang awam selepas waktu Isyak bagi mengelak kejadian sama berulang.

Setiausaha Masjid Ar Rahmah, Mohammad Fauzi Mohd Zain, 47, berkata tindakan menaikkan kain rentang itu memberi kesan yang baik kepada masjid berkenaan kerana mendapati tiada lagi aduan kecurian membabitkan masjid dilaporkan sejak tujuh bulan lalu oleh penduduk kampung.

Katanya, tujuan menaikkan kain rentang itu adalah sebagai satu serangan psikologi terhadap pencuri supaya berhati-hati dan sentiasa mengingati balasan yang akan diterima mereka jika tidak insaf dengan perbuatan buruk itu.

"Mereka (pencuri) akan ambil apa saja yang boleh dijual terutama barangan elektrik dan bahan berasaskan besi. Mereka buat kegiatan terkutuk ini tanpa mengira waktu sama ada malam, siang atau awal pagi.
"Kami bersyukur kerana usaha terakhir (kain rentang) itu memberi kesan baik kepada keselamatan masjid selain memperingati diri kami sendiri terhadap kekuasaan Tuhan.

"Kami sudah bosan untuk melayan kerenah pencuri ini kerana kami juga mempunyai tanggungjawab lain terhadap keluarga," katanya.

Selain itu Fauzi berkata, kawasan masjid yang mempunyai ruang lapang di belakangnya juga menyebabkan ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan melakukan perbuatan tidak bermoral.

"Kawasan belakang masjid ini amat lapang dan terlindung hingga boleh menempatkan banyak kenderaan. Keadaan ini mungkin menyebabkan ramai yang mengambil kesempatan," katanya.

Seorang ahli jawatankuasa masjid, Ismail Husin, 74, berkata beliau mendapati kejadian curi sudah tidak berlaku sejak kain rentang itu dinaikkan tujuh bulan lalu.

Beliau berkata, ia ditambah dengan tindakan lain yang diambil ahli kariah seperti menutup masjid kepada orang awam selepas waktu Isyak dan palang besi khas sebagai tempat meletakkan motosikal di kawasan masjid.

"Dulu masjid ini sering menjadi tumpuan orang ramai untuk menumpang teduh ketika pada lewat malam dan kami juga tidak keberatan menyediakan pelbagai kemudahan yang boleh digunakan bersama.

"Namun sejak kejadian curi dan perbuatan tidak bermoral mula mencemarkan masjid ini, kami terpaksa mengambil tindakan sedemikian rupa.

"Saya harap orang ramai yang selama ini sentiasa menggunakan masjid ini selepas waktu Isyak faham mengenai situasi yang kami hadapi,katanya

Sumber Berita Harian

TintaBicara - Sampaikan lah salam rindku padanya :-)


Baca Artikel Penuh..



Quote Of The Day

"Calm down please. don't scream just because they don't understand you..if they want freedom of speech give it. even if it's an insult. you know what you believe in and there are more of them who respects your belief than those who tries to provoke you. don't let them see your tears. brother, you had me cried with you."


TintaBicara
WithLove :-)


Baca Artikel Penuh..



AWAS ANCAMAN HIV DI MANA MANA !

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya. .. Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV.. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati …. Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.
2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.T erdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.
3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi “Welcome to the real world, you are now HIV positive’ . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati … .
4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembali kan syiling, mesin air minuman…jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling
mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.
5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos. Order di tempat lain.
Ini adalah nyawa anda. Sila ‘foward’ maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda dan sesiapa saja…

DrMuhd Hishamuddin b Abdul Halim
Professor & Head Dept. of
Chemical Pathology
School of Medical Sciences
USM, Kubang Kerian, Kelantan ,
MALAYSIA .

TintaBicara -
Sesungguhnya di akhir zaman kelak fitnah dajal akat melanda kita sebagai umat islam
berjaga jaga la wahai teman dan sahabat


Baca Artikel Penuh..



BECKHAM NAK JADI ASKAR?


AKSI Beckham menggunakan selaras senjata api di Kem Bastion, Afghanistan kelmarin.


KABUL: David Beckham berkata, jika ditakdirkan tidak menjadi pemain bola sepak, pasti dia menyertai ribuan tentera Britain yang bertugas di Afghanistan ketika ini.

Berucap di depan ratusan tentera di Helmand semalam, bekas kapten pasukan England itu mengadakan lawatan ke situ untuk memberi sokongan moral dalam kempen Britain di Afghanistan.


Beckham membuat kenyataan itu selepas ditanya sama ada dia terfikir untuk menjadi tentera.


“Tidak syak lagi. Saya banyak kali mewakili England di atas padang, tapi apa yang anda lakukan di sini amat mengagumkan,” katanya.


Beckham diberikan kelengkapan secukupnya ketika berada di Afghanistan dan tidak melepas peluang melihat senjata digunakan di situ.


Selepas bermalam di katil standard tentera, dia menghabiskan masa berjam-jam menurunkan autografnya kepada semua tentera yang hadir. - Agensi


TintaBicara - Senyum tersimpuh :-)



Baca Artikel Penuh..



BANGSAKU MELAYU SEMAKIN LAYU...

KUALA LUMPUR: Kerana ingin mengaut keuntungan, ada pengusaha kafe siber di ibu kota membenarkan pelajar yang berpakaian seragam sekolah memasuki premis perniagaan mereka walaupun menyedari ia menyalahi undang-undang.

KUMPUL...pelajar berpakaian seragam sekolah di depan sebuah kafe  siber di Jalan Ipoh.
KUMPUL...pelajar berpakaian seragam sekolah di depan sebuah kafe siber di Jalan Ipoh.
Tinjauan Metroplus di beberapa kafe siber mendapati premis berkenaan membenarkan pelajar yang memakai uniform sekolah memasuki premis itu sewenang-wenangnya.


Tinjauan di kafe siber di Jalan Ipoh di sini, jam 1 tengah hari hingga 2 petang, baru-baru ini mendapati kebanyakan pelanggan mereka terdiri daripada pelajar dengan majoritinya memakai pakaian seragam sekolah menengah.


Ketika tinjauan, kebanyakan pelajar asyik bermain permainan video dengan ada antara kafe siber mengenakan bayaran RM2 satu jam. Tidak ketinggalan, mereka turut menawarkan pakej istimewa dengan harga RM5 (tiga jam), RM7 (lima jam), RM8 (lapan jam) dan RM10 untuk 10 jam.


Difahamkan, terdapat lima sekolah iaitu masing-masing dua sekolah menengah dan tiga sekolah rendah di kawasan berkenaan. Penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai P K Chong, 38, berkata, hampir setiap hari dia melihat pelajar yang memakai seragam sekolah memasuki kafe siber sama ada berkumpulan mahu pun seorang diri.


Menurutnya, seawal jam 10 pagi kafe siber terbabit dikunjungi pelajar sekolah. Ada kalanya, mereka berkumpul di depan kafe siber sebelum memasuki pusat Internet berkenaan.


“Saya sering melihat pelajar keluar dan masuk ke dalam kafe siber terbabit. “Ada antara kafe siber terbabit pernah diserbu polis dan pihak sekolah, tetapi semuanya bersifat sementara apabila mereka terus membenarkan pelajar yang memakai seragam sekolah memasuki premis mereka,” katanya.


Chong berkata, isu ini tidak sewajarnya dipandang ringan dengan pemantauan pihak berkaitan perlu dilakukan dari semasa ke semasa supaya tidak menimbulkan gejala sosial pada kemudian hari.


Malah, katanya, kehadiran mereka bukan hanya membuang masa, tetapi membazir wang memandangkan kebanyakan mereka menghabiskan masa bermain permainan video dengan ibu bapa juga perlu memantau pergerakan anak mereka.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata pihak kafe siber tidak sewajarnya hanya mengutamakan keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira tanggungjawab mereka kepada masyarakat.


Beliau berkata, isu pelajar memakai seragam sekolah memasuki kafe siber tidak seharusnya berterusan kerana ia memberi kesan buruk kepada pelajar.


Dalam hal ini, katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mengenakan tindakan tegas seperti menggantung lesen kafe siber yang membenarkan pelajar memakai seragam sekolah memasuki premis mereka.


Sumber MetroPlus

TintaBicara - Mereka ini adalah pewaris bangsa yang bakal mengantikan tempat kita di sini

kalau akarnya telah di rosakan masakan pokok itu akan tumbuh dengar subur

maka jadi lah kita seperti pak kaduk yang menang soraknya tatapi tergadai bangsanya



Baca Artikel Penuh..



NGERI TANDUK KU DI DAGU MU?


GAMBAR menunjukkan dagu Julio Aparicio ditanduk oleh seekor lembu jantan di Festival San Isidro Feria di Madrid pada Jumaat lalu.


MADRID - Seorang matador, Julio Aparicio dirawat di unit rawatan rapi selepas dagunya ditusuk tanduk seekor lembu jantan di sini, kata beberapa pegawai hospital.

Aparicio yang berumur 41 tahun dihantar ke sebuah hospital selepas lembu jantan itu menusuk dagu matador tersebut yang menerobos ke dalam mulutnya.

Namun, beberapa pakar bedah berjaya membaiki semula tisu yang rosak akibat tandukan itu dan kelmarin dia dilaporkan sudah sedar semasa dirawat di unit rawatan rapi di hospital berkenaan.

Aparicio yang terkenal dengan gelaran Julito merupakan salah seorang bintang pada pertandingan laga lembu terkenal di Sepanyol, Festival San Isidro. - AFP

Sumber Kosmo

TintaBicara



Baca Artikel Penuh..



1 Simple Step To Order your McDonalds :-)

Assalamualaikum
Jom ceriakan malam minggu anda :-)





Jom Makan :-)
TintaBicara


Baca Artikel Penuh..



SEGI COLLEGE KL - Tawaran Melanjutkan Pelajaran peringkat Diploma, Ijazah, Master, dan Profesional Certificate

Assalamualaikum selamat pagi
in collaboration dengan Segi College Kuala Lumpur bersempena pengambilan pelajar baru
hujung bulan June ini suka henda tinta kongsikan maklumat kepada semua rakan rakan di dunia blog ini :-)


Apa itu Segi College?
Diasaskan pada 1977 sebagai sistematik kolej dan telah dinaik taraf menjadi kolej universiti,menjalankan program ijazah berkembar usahasama bersama universiti luar negara seperti universiti of greenwich,United Kingdom

Kenapa Segi College?
Yuran terendah di antara kolej-kolej swasta di lembah klang
fasiliti yang lengkap di tengah tengah pusat bandar
kursus yang pelbagai
Fleksible sesuai untuk yang ingin menyambung pelajaran secara sepenuh dan separuh masa

Kursus Ditawarkan

Lepasan SPM

Diploma in Nursing

Diploma in Medical Lab Technology

Diploma in Science Enviroment Health.
(Jika anda mendaftar 3 kursus di atas sebelum penghujung Jun 2010
anda akan dapat RM 100 tunai kepada yang mendaftar ataupun kawan yang mebawa kawan untuk mendaftar)*

Untuk Kursus Diploma lain hubungi saya untuk maklumat Lanjut

Lepasan Diploma,Pekerja Sepenuh masa

Bimbang tiada masa? tak ada masalah
di sini kami menawarkan kursus pengajian secara separuh masa
di mana kelas anda adalah pada waktu malam
jadi mari tambah ilmu bersama saya
Tanya saya untuk Ijazah,Master dan Profesional Cert yang ditawarkan di sini

Pinjaman Ptptn Disediakan untuk Pelajar Separuh masa dan Sepenuh Masa*
Bayaran ansuran bulanan juga diterima bagi Pelajar separuh masa*
Kursus yang diiktiraf JPA,MQA*
3 Kredit Diperlukan untuk menyertai kami*

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Hubungi saya di asyrafhamasaki@gmail.com untuk maklumat lanjut
atau tinggalkan komen di ruang post coment dan saya akan hubungi anda :-)
tawaran valid sampai 31 Julai 2010

Jom tambah Ilmu
TintaBicara


Baca Artikel Penuh..



Nahas Air India terburuk, 158 mau




PASUKAN penyelamat dengan dibantu penduduk kampung bertungkus-lumus mencari beberapa mangsa pesawat Air India Express dari Dubai yang terhempas sejurus terbabas ketika cuba mendarat di Mangalore dekat Bangalore semalam..

BANGALORE - Sekurang-kurangnya 158 orang dikhuatiri terbunuh apabila sebuah pesawat Boeing 737-800 milik syarikat penerbangan tambang murah Air India Express terhempas dekat bandar raya Mangalore di negeri Karnataka semalam.

Nahas terburuk di India dalam tempoh sedekad itu berlaku apabila pesawat yang membawa 160 orang penumpang dan enam anak kapal terbabas di hujung landasan ketika mendarat di sebuah lapangan terbang di selatan negara tersebut.

"Setakat ini, hanya lapan orang disahkan terselamat dan mereka telah dihantar untuk menerima rawatan di beberapa buah hospital di sini," kata pengarah personel Air India, Anup Shrivasta pada sidang akhbar di Mumbai dekat sini.

Ia merupakan kemalangan udara kedua terbesar di India sejak tahun 1996 apabila pesawat Kazakhstan Airlines bertembung di udara dengan Saudi Airlines dekat ibu negara New Delhi yang mengorbankan semua 349 orang penumpang dan anak kapal.

Pengerusi Pihak Berkuasa Lapangan Terbang India, V.P. Agrawal berkata, tiada panggilan kecemasan diterima daripada Kapten Z. Glusica, seorang rakyat Britain berasal dari Serbia yang menjadi juruterbang Air India sejak dua tahun lalu.

Perdana Menteri India, Manmohan Singh di New Delhi mengumumkan kerajaan akan menghulurkan bantuan kewangan segera sebanyak 200,000 rupees (RM14,150) untuk setiap keluarga mangsa yang terbunuh dalam insiden itu.

Beliau yang terkejut dengan nahas tersebut turut mengucapkan takziah kepada semua waris mangsa serta menangguhkan beberapa program rasmi parti dan kerajaan yang dijadualkan diadakan semalam sebagai tanda berkabung.

Menteri Penerbangan, Praful Patel berkata, pesawat dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu itu dinaiki 147 penumpang dewasa, sembilan kanak-kanak dan empat bayi namun pihaknya belum lagi mengenal pasti kerakyatan mereka. - Agensi

Sumber - Kosmo


Baca Artikel Penuh..



JPJ - KOMPAUN MINIMUN RM 300????




BESUT - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang mengenakan kompaun minimum RM300 bagi semua pesalah trafik yang liat menjelaskan kompaun dalam tempoh yang ditetapkan.


Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, cadangan itu termasuk dalam pindaan Akta JPJ 1987 yang akan dibentangkan kepada Kabinet bulan depan.

"Jumlah RM300 adalah kompaun maksimum mengikut akta sekarang, dan dengan pindaan kelak jumlah kompaun minimum bermula dari RM300," katanya kepada pemberita selepas menutup Program Satu Komuniti Satu JPJ di Felda Tenang di sini semalam.

Sumber Kosmo

TintaBICARA - Naik Basikal gi office la jawabnyer :-)


Baca Artikel Penuh..



5 SEBAB KENAPA SAYA TAK GEMAR MENONTON AF

Assalamualaikum selamat malam
dalam semua orang dok layan AF AF AF konsert konsert konsert
tapi tak terlintas plak di hati nak melayan konset af
berhabis duit berhabis air mata berhabis anak tekak untuk mereka
bukan sebab dengki jeles phd(melayu) dan lain2 kat sini ada 10 sebab
ringkas kenapa saya tak gemar menontot akademi berfantasi selamanya

1) AURAT SANA SINI -
Dapat dosa free? ada sapa sapa nak share? soalan dia dak cukup ke amal ibadah nak buat dosa ?

2) PEMBAZIRAN SANA SINI -
- ANDA hantar afundi anda dapat apa? kan ke membazir jom menyumbang untuk tabung
gaza di palestin

3) HIBURAN YANG MELAMPAU
- Tak habis habis dengan hiburan bila di tanya budak2 sekolah hari ini cita cita mereka "saya nak jadi artis" damn it sampai bila melayu nak layu kawan?

4) DRAMA AIR MATA
Dari kita menangis dok tengok orang yang kita suka tersingkir ada lebih baik bentang sejadah sepertiga malam buat sunat taubat,menangis kerana dosa kita kepada Allah

5) Pogram Yang Berfaedah? Teettt
Jom kita layan AKADEMI ALQURAN Ada lagi bagusssss laaa kawan


Ye betul lubang kubur memang lubang kubur masing-masing
tapi sampai bila melayu majoritinya islam nak layu
tak sedar2 lagi ke 10 orang terkaya di malaysia majoriti nya musyrikin,
politik dah la tak bersatu padu dalam masjid pun boleh bergaduh

jangan kita merempat di bumi sendiri
Jemput Join Group Ni :-) walaupun dah terlambat

anda pandangan hentakan kritikan sila hantar di komen :-)
Regards


Baca Artikel Penuh..



ABUYA?AL-ARQAM? SUDAH-SUDAH LAH... YANG PERGI BIARKAN PERGI...

Berita 1

Hatijah beritahu Abuya minta direlakan ‘pemergian’


KUALA LUMPUR: Hatijah Aam, isteri kedua Asaari Muhammad mendakwa mendengar suara suaminya meminta supaya merelakan pemergiannya secara fizikal bagi membolehkan rohnya bangkit memimpin umat Islam ketika terlantar sakit di sebuah hospital di Ipoh, baru-baru ini.

Hatijah Amm berkata, tugasan penting Asaari adalah untuk pergi dan kemudian kembali semula untuk bersama pengikutnya.
“Suara itu menyebut “kamu nak suruh orang tua yang tidak ada gigi yang kerepot ini bangun buat apa? Kenapa tidak fikir yang akan bangun nanti bukan yang ini,” katanya ketika ditemui di Bandar Country Homes Rawang, baru-baru ini.
Hatijah, 56, berkata suara itu kedengaran jelas beberapa minit sebelum Asaari, disahkan meninggal dunia pada 13 Mei lalu, di KPJ Ipoh Specialist Centre akibat jangkitan paru-paru.

“Abuya sudah bebas di alam ini... Abuya boleh pergi dan boleh balik. Janji Allah kepada orang-orang roh, mereka bebas di alam roh tanpa diganggu kerana selama ini fizikal mengganggu keaktifannya. Jadi, sekarang saksikan keajaibannya,” katanya.

Malah, Hatijah berkata, ketika berkomunikasi dari hati ke hati dengan suaminya itu, Asaari sempat mengukir senyuman kepadanya dan membuka mata sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Beliau berkata, Asaari kini boleh melakukan kegiatan roh secara total kerana sudah bebas daripada fizikalnya yang menyekat pergerakannya selama ini.


Berita 2

KUALA LUMPUR: Bekas pengikut Al-Arqam mendakwa Hatijah Aam adalah perancang utama kumpulan itu termasuk mengeluarkan ‘fatwa’ kononnya Asaari Muhammad tidak meninggal dunia sehingga menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam.

Sehubungan itu, Mohd Fakhruddin Abdullah yang juga anak saudara Hatijah, mahu kerajaan bertindak tegas dengan menahan Hatijah bagi mengelak penyelewengan terus berleluasa.
“Bukti yang dikeluarkan dilaporkan akhbar jelas pelanggaran akidah berlaku. Tidak ada orang sudah mati akan hidup semula. Dakwaan mereka itu adalah untuk kepentingan sendiri,” katanya semalam.
Fakhruddin yang juga Pengerusi Maahad Tahfiz Nur Shaadah di Perlis, berkata, Hatijah mempunyai pengaruh besar dalam kumpulan itu dan perancang utama yang menentukan hala tuju pergerakan itu.

Katanya, tujuan Hatijah berbuat demikian bagi memastikan pengaruh kumpulan berkenaan tidak luput daripada bekas ahli kumpulan berkenaan.

Seorang lagi bekas pengikut Al-Arqam, Prof Madya Syariah dan Kewangan Islam, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Asmadi Mohamed Naim, berkata, beliau pernah meramalkan yang pengikut Asaari tidak akan dapat menerima kematian ketua mereka.

“Saya pernah meramalkan yang pengikutnya akan menganggap Abuya akan ghaib kerana berpegang kepada kepercayaan ketua kepada Asaari, iaitu Syeikh Muhammad As-Suhaimi yang meninggal dunia pada 1925 ghaib dan akan muncul memimpin kumpulan itu.
“Apabila Syeikh Muhammad As-Suhaimi tidak muncul dan Abuya pula meninggal dunia, jadi terpaksalah mereka mengatakan Abuya turut ghaib bagi kesinambungan kepada cerita mereka,” katanya.

Sumber Berita Harian

TintaBicara - Kelu lidah berbicara kelu tangan untuk menulis...perjuangan yang pernah tinta sanjungi kini menjadi sedemikian rupa
Bertaubatlah Sebelum Terlambat....


Baca Artikel Penuh..



AMARAN KERAS! VIRUS INFLUANZA MASIH DI LUAR SANA


Kem Sri Ledang, Tangkak yang menempatkan pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara.


LEDANG – Seramai 410 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang ditempatkan di Kem Sri Ledang di sini kecoh apabila lima rakan mereka disahkan menghidap selesema babi atau influenza A (H1N1) manakala 60 yang lain menghidap penyakit serupa influenza (ILI) semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri Johor, Dr. Robia Kosai berkata, lima pelatih yang positif H1N1 itu terdiri daripada tiga lelaki dan dua perempuan.

“Secara keseluruhan jumlah pelatih yang terjejas merangkumi 44 lelaki dan 21 perempuan. Empat daripada mereka telah pun diasingkan di dalam sebuah bangunan di kem tersebut.

“Kesemua mangsa juga telah diberikan rawatan antiviral. Kami juga giat memantau tahap kesihatan 60 pelatih lain,” katanya kepada pemberita di sini semalam.


Sumber Kosmo



TintaBicara

Sentiasa mendapatkan nasihat doktor apabila menghidapi gejala influanza

gunakan topeng muka kalau dijangkiti selsema dan batuk

CEGAH SEBELUM TERLAMBAT



Baca Artikel Penuh..



OBAMA PUNYA PASAL TIKUS DAPAT NAMA!

A  small rodent runs in front of President Barack Obama as he delivers  remarks on Wall Street and Financial reform, Thursday, May 20, 2010, in  the Rose Garden of the White House in Washington. (AP Photo/Pablo  Martinez Monsivais) A small rodent runs in front of President Barack Obama as he delivers remarks on Wall Street and Financial reform, Thursday, May 20, 2010, in the Rose Garden of the White House in Washington. (AP Photo/Pablo Martinez Monsivais)



WASHINGTON - Seekor tikus berlari di depan podium Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semasa beliau bercakap pada sidang akhbar di White House kelmarin.

Beberapa jurugambar merakamkan gambar tikus itu yang berlari di depan podium semasa Obama membuat kenyataan mengenai reformasi kewangan.

Menurut beberapa akhbar semalam, kehadiran tikus itu mungkin tidak disedari oleh Obama kerana beliau tidak memberikan sebarang reaksi.

Presiden AS itu tidak menjawab beberapa soalan yang dijerit oleh beberapa wartawan selepas beliau selesai membuat kenyataan. Timbul beberapa pendapat mengenai identiti tikus itu.

"Saya fikir ia bukan seekor tikus. Ini disebabkan oleh saiz ekornya yang pendek berbanding tubuhnya. Mungkin ia seekor haiwan mirip tikus atau tikus tanah," kata ahli biologi hidupan liar, Russell Link yang bertugas di Jabatan Negara Bagi Perikanan dan Hidupan Liar. - Agensi


Sumber Kosmo



TintaBicara

Tikus dilatih bawak bom? senyum :-)



Baca Artikel Penuh..



ADAM MAAFKAN AKU......

ADAM...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah HAWA,
temanmu yang kau pinta semasa kau kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu.
Sentiasa aku mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan..

ADAM...
Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai daripada bilangan kaummu di akhir zaman,
inilah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya..
jika bilangan kaumku sedikit dari bilangan kaummu,
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau bilaulah suasana, sesama ADAM bermusuhan kerana HAWA.
Buktinya sudah cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu cicitnya.

Pun begitu,
maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan beristeri lebih daripada satu, tapi tidak lebih dari satu waktu.

ADAM...
Aku tahu bahawa kau tahu dalam Al-Qu'ran ada ayat yang menyatakan
"kaum lelaki adalah penguasa kepada kaum wanita.."
kau diberi amaran untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
mengawasi dan menjaga aku agar aku sentiasa dalam redha Tuhanmu dan Tuhanku.
Tapi ADAM, nyata dan rata-rata apa yang sudah jadi pada kaumku ini??
Aku dan kaumku telah menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan.
Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah.
Jalan-jalan, pasar-pasar dan bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar rumah,
maka seluruh tubuhku mesti dibalut dari hujung rambut ke hujung kaki.
Tapi realiti dan hakikatnya kini, HAWA telah berbuat lebih dari apa yang patut.

ADAM...
Marahkah kau jika ku katakan"Andainya HAWA yang terpesong,
maka kau yang patut tanggung". Sebab apa ADAM?
Ramai yang berkata, jika anak jahat, mak bapak tak pandai mendidik,
jika murid bodoh, guru yang tak pandai mengajar. ADAM, kau selalu berkata,
"HAWA memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu.."
Pada hematku yang dhaif ini ADAM, seharusnya kau tanya dirimu.
Adakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi s.a.w.terhadap isteri-isterinya??
Adakah ADAM melayani HAWA seperti psikologi Muhammad s.a.w. terhadap mereka?
Apakah akhlak ADAM boleh dijadikan contoh buat kaum HAWA? Aku,
kaum HAWA merindukan kata-kata yang penuh kelembutan seperti Muhammad s.a.w.
Namun mungkin aku tidak akan mendengar kata-kata seperti itu lagi, kerana kau,
kaum ADAM kini bukanlah seperti Muhammad s.a.w. yang ku rindui...

ADAM...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum.
Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, maka lalailah aku.
Wahai ADAM, kau punya kelebihan akal, manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu. Akalku satu, nafsuku beribu!
Oleh itu ADAM, gunakanlah kelebihan akalmu itu, untuk membimbingku,
kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya.

ADAM...
Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu.
Akan ku aminkan bacaaan doamu.
Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku untuk bertahajut bersamamu.
Kau kenalkan aku pada majlis-majlis agama.
Kau ajari aku untuk pandai membaca dan memahami Al-Qur'an.
Kau khabarkan kepadaku tentang fardu-fardu yang aku patut tahu.
Tunjukkan perkara sebenar yang patut aku tahu wahai ADAM!

ADAM...
Akhir kata, ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah.
Didiklah aku supaya aku tunduk, patuh dan menghormatimu setiap waktu.
Tolonglah aku ADAM agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otakku tidak buntu.
Selamatlah aku dari seksa neraka yang sudah tentu tiada siapa yang tegar menanggungnya


TintaBicara - Hawa maafkan aku kalau kau telah berdosa maafkan aku kerana tak mampu membimbingmu sebaik-baiknya akan ku usaha untuk mejadi yang terbaik dunia dan akhirat
semoga di syurga abadi kita kekal selamanya

Wallahualam


Baca Artikel Penuh..



IMAN = 20 SEN?


Ini adalah sebuah cerita yang boleh kita ambil sebagai tauladan. Jika tidak keberatan, jom baca.






Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan baginya menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. “Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?” Imam bertanya kepada dirinya. “Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni… nak beli tosei pun tak cukup,” kata Imam.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas sambil memulangkan wang 20 sen. “Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen,” kata Imam kepada pemandu bas.

“Ohhh…!!! Terima kasih!!! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni… kan sedikit je nilainya,” kata pemandu bas. Imam menjawab, “Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur.” Pemandu bas tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam.”

Imam turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!

Sahabat-sahabatku sekalian… Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah… Kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai ‘tingkap’ untuk melihat ke dalam dunia Islam.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

“DUNIA sebagai ALAT — AKHIRAT sebagai MATLAMAT”

Dipetik dari ZB


Baca Artikel Penuh..



GEMPAR ABUYA AL-ARQAM HIDUP KEMBALI??

Pengikut percaya Asaari tak mati



PERSEMBAHAN pantomin  Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri  di sampingnya ketika konsert  di Bandar Country Homes, Rawang, Isnin  lalu.
PERSEMBAHAN pantomin Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya ketika konsert di Bandar Country Homes, Rawang, Isnin lalu.


KUALA LUMPUR: Tidak sampai seminggu Asaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya meninggal dunia, pengikutnya kembali mencetuskan kontroversi apabila mengadakan konsert khas bagi menggambarkan kononnya bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan itu cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat.

Konsert ‘Kalahkan Nafsu Abuya Pulang’ yang diadakan selama dua hari bermula Isnin lalu di Bandar Country Homes, Rawang, diselitkan dengan nyanyian nasyid dan bacaan puisi yang antara lain memuji Asaari sebagai pemimpin hebat, manakala persembahan pantomin menunjukkan Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya.
Anak sulungnya, Fakhrur Razi memangku jawatan Pengerusi Eksekutif Global Ikhwan Sdn Bhd – syarikat yang sebelum ini diterajui Asaari dalam ucapan pembukaan konsert itu, berkata Abuya sebenarnya hanya pergi sementara dan akan kembali dengan jasad yang hidup bagi memimpin umat Islam.
“Kita bersyukur kerana kita semua tidak bersedih dengan pemergian Abuya kerana sebenarnya Abuya tidak mati, tetapi hanya ghaib. Kegembiraan yang kita tunjuk ini adalah bukti yang kita yakin perkara itu
>berita lanjut di berita harian<

Sumber Berita Harian!


TintaBicara : Pernah mengkagumi pertubuhan Al-Arqam kerana pertubuhan ini memajukan ekonomi umat islam dan menjadi tempat penyatuan umat islam malaysia dan indonesia
tapi sayangnya lihatlah apa yg terjadi hari ini


Baca Artikel Penuh..



DO YOU LOVE YOUR PROPHET MUHAMMAD S.A.W?

Stop "Everybody Draw Mohammad Day"!
1149 Signatures
Published by Ali Asadullah Baig on May 16, 2010
Category: Religion
Region: GLOBAL
Target: United Nations
Background (Preamble):
After Comedy Central cut a portion of a South Park episode following a death threat from a Muslim group, Seattle cartoonist Molly Norris wanted to counter the fear. She has declared May 20th "Everybody Draw Mohammed Day."

Norris told KIRO Radio's Dave Ross that cartoonists are meant to challenge the lines of political correctness. "That's a cartoonist's job, to be non-PC."
Producers of South Park said Thursday that Comedy Central removed a speech about intimidation and fear from their show after a Muslim group warned that they could be killed for insulting the Prophet Muhammad.

The group said it wasn't threatening South Park producers Trey Parker and Matt Stone, but it included a gruesome picture of Theo Van Gogh, a Dutch filmmaker killed by a Muslim in 2004, and said the producers could meet the same fate. The website posted the addresses of Comedy Central's New York office and the California production studio where South Park is made.

"As a cartoonist I just felt so much passion about what had happened I wanted to kind of counter Comedy Central's message they sent about feeling afraid," Norris said.

Norris has asked other artists to submit drawings of any religious figure to be posted as part of Citizens Against Citizens Against Humor (CACAH) on May 20th

Show your support by signing this Petition
Deactivate your Facebook for 24 Hours Tomorow (25/05/2010)

Sumber GEOPETITION

I LUV MY RASUL AND ALLAH
TintaBicara


Baca Artikel Penuh..



Laporan Edisi Terjah EN BEN - Terima Kasih daun keladi bunting :-0

Ikuti temuramah (TIPU) dari wartawan yang menyertai edisi terjah en ben Ashaari

Wartawan (w) - Apakah Perasaan anda bila di terjah

TintaBicara(TB) - Teruja gembira ahahahaha

W - Dimanakah anda ketika edisi terjah mengjengah ke blog anda

TB - Saya berada di depan monitor sambil manager saya memberikan ceramah di belakang sebab hampir2 terkantoi online


W - Apa yang anda dapat dari Edisi Terjah

TB - Dapat marah ahahh katanya gue lagi kuat membebel dari blogger yg menerjah gue katanya


W - Harapan masa depan

TB - gue bla bla bla bla bla bla



(Bunyi balingan kasut)

Woi diam la ko jangan sampai aku membebel plak !!!

keadaan menjadi kelam dan sunyi ~~"


TintaBicara
Terima kasih kepada yang sudi menjengah
tunjuk ajarlah yang mana patut
tegur la di mana yang perlu
kerana aku jugak bisa melakukan kesilapan seperti kalian juga :-)


Baca Artikel Penuh..



Ayam atas lantai berlendir...

KUALA LUMPUR: Amat menjijikkan apabila ayam yang baru disembelih di Pasar Pudu, di sini, dibiarkan berlonggok atas lantai yang kotor dan berlendir.

Lebih mengejutkan apabila kebanyakan penyembelih ayam berkenaan dikesan terdiri kalangan warga Bangladesh yang dikhuatiri tidak menjalani pemeriksaan kesihatan selain lulus ujian syarak bagi menjadi penyembelih ayam.


Ini terbukti apabila kebanyakan penyembelih ayam terbabit bertempiaran lari sebaik menyedari pasar berkenaan diserbu puluhan anggota penguat kuasa pelbagai agensi, awal pagi kelmarin.


Sumber Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berkata, operasi dilakukan selepas pihaknya menerima aduan berhubung kemusykilan pengguna terhadap tahap kebersihan dan proses penyembelihan dilakukan di pasar berkenaan apatah lagi dengan kehadiran terlalu ramai pendatang asing warga Bangladesh yang memonopoli perniagaan ayam mentah di kawasan itu.


Menurutnya, operasi terbabit dilakukan dengan kerjasama kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur yang menggempur kawasan terbabit kira-kira jam 3 pagi.


“Sebaik menyedari kelibat penguat kuasa yang tiba di kawasan pasar itu, puluhan pekerja pasar dan pusat pemprosesan ayam di pasar Pudu berkenaan kelam-kabut lari dengan meninggalkan ayam sudah diproses bergelimpangan atas lantai berlumut.


“Lebih mengejutkan apabila kebanyakan ayam siap diproses bulunya itu dibiarkan berteraburan di atas lantai dan longkang hanyir yang boleh menyebabkan dijangkiti kuman dan bakteria,” katanya. Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati perniagaan ayam itu dimiliki lelaki warga Bangladesh yang sudah memiliki taraf penduduk tetap (PR) negara ini selepas berkahwin dengan wanita tempatan.


“Agak mendukacitakan apabila ‘tauke’ Bangladesh terbabit langsung tidak mengendahkan aspek kebersihan termasuk penyelenggaraan ayam terbabit yang dibiar bersepah atas lantai kotor.


“Malah, keadaan kawasan lokasi penyembelihan ayam terbabit amat menjijikkan berikutan keadaannya yang bertakung hanyir, busuk selain terletak tidak jauh dari lokasi penyembelihan babi,” katanya.

Menurutnya, jarak kawasan penjaja dan penyembelihan babi yang terlalu hampir tidak sampai 30 meter amat dikesali berikutan ayam disembelih terbabit khusus dijual untuk pengguna Islam.


“Hasil siasatan, pusat penyembelihan ayam berkenaan menggunakan tukang sembilan tidak bertauliah dengan Jawi atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selain tidak menjalani pemeriksaan kesihatan seperti diwajibkan.


“Siasatan lanjut mendapati pusat penyembelihan berkenaan mampu memproses sehingga 5,000 ayam dalam tempoh sehari untuk dibekalkan ke sekitar Lembah Klang. Susulan itu, pemilik kilang memproses ayam terbabit dikompaun selain diambil tindakan DBKL,


Sumber - Harian Metro

TintaBicara - Beginilah nasib umat islam di negara Malaysia tak ada siapa yang ambil pedulik
kalau nak makan pun perlu carik logo HALAL walhal sepatutnya sebagai negara islam orang bukan islam yang sepatutnya mencari makanan diorang kan bagus kalau dilaksanakan sistem HARAM

Wallahualam
TintaBicara


Baca Artikel Penuh..



Dua remaja mengaku salah tanam bayi

 MUHAMAD SAFIUDDIN  mengaku bersalah mengebumikan mayat  bayi  lelaki yang baru dilahirkan di Taman Melaka Baru, Batu Berendam   pada  12 Mei lalu.
MUHAMAD SAFIUDDIN mengaku bersalah mengebumikan mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan di Taman Melaka Baru, Batu Berendam pada 12 Mei lalu.


MELAKA: Dua pelajar belasan tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan mengebumikan mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan, di tebing sungai berhampiran Taman Melaka Baru, Batu Berendam, dekat sini, pada Rabu lalu.

Muhamad Safiuddin Mohd Zahari, 19, dari Taman Melaka Baru dan remaja perempuan berusia 15 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di tebing Sungai Malim, antara jam 12 hingga 12.30 tengah hari 12 Mei lalu.
Mereka membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Faizal Ismail pada prosiding jam 3 petang itu.
Ketika pertuduhan dibacakan, Muhamad Safiuddin yang memakai baju berkolar merah kelihatan tenang, manakala remaja wanita yang memakai baju hijau sambil menutup kepala dengan tuala kecil berwarna biru, menggigil.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, dibaca bersama-sama mengikut Seksyen 34 yang membawa hukuman penjara tidak kurang dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mahmoodah Abdul Latiff, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Muhamad Faizal mengenakan jaminan RM2,000 kepada kedua-dua tertuduh dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Jun ini bagi menunggu laporan akhlak dan sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Terdahulu, Mahmoodah menawarkan jaminan RM10,000 seorang dan penjamin bagi setiap tertuduh. Muhamad Safiuddin bagaimanapun meminta jaminan dikurangkan dengan alasan masih belajar dan meminta diberi peluang terakhir untuk mengubah diri. Remaja perempuan itu mengemukakan permohonan serupa dengan alasan masih belajar dan kini dibesarkan oleh ibu tunggal.
Akhbar semalam melaporkan mereka ditahan selepas ibu pelajar perempuan terbabit membuat aduan mengenai anaknya yang bersalin tanpa pengetahuan beliau pada awal pagi Rabu lalu. Bedah siasat mendapati bayi itu hidup dan cukup sifat ketika dilahirkan selain beberapa kesan lebam pada kepala.

Sumber Berita Harian

TINTA BICARA - WHO NEXT?
Regards


Baca Artikel Penuh..



SEgmen Baru - Doa Doa dalam Islam Pt2

Assalamualaikum selamat malam
segmen doa hari ini memilih dua lagi doa - doa harian dalam islam yang cukup
cantik kalau kita amalkan mungkin ada yang tahu dan ada yang tidak
tujuan tak lebih dan tak kurang adalah sekadar berkongsi ilmu yang cetek ini

Doa hari ini adalah "Doa Masuk Tandas dan Keluar Tandas"

Keitka hendak masuk, bacalah :


Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada jin-jin jantan dan betina. Aku berlindung kepadaMu daripada kekotoran najis yang keji dan yang mengkejikan, yaitu syaitan yang terkutuk.


Segala puji dari Allah yang telah melenyapkan daripadaku apa yang menggangguku dan mengekalkan apa yang bermanfaat buatku.


Wallahualam
TintaBicara
















Baca Artikel Penuh..



HARI SUSU SEDUNIA - EVENT

WORLD MILK DAY (DUTCH LADY)

Dutch Lady Milk Industries Berhad has invited PPMWPKL to be a big part of the World Milk Day 2010 celebrations with them on 30th May 2010 . We are to sent 450 Scouts (PM,PR,PK and Scouters) who will join with other NGOs who will be participants of the Malaysia Book of Records attempt to achieve “Most Number of People Drinking Milk at the Same Time”.Out of these 450 PPMWPKL, 20 representatives will be placed at the flag-off area after the presentation of Malaysia Book of Records certificate by appointed adjudicator. As a token of appreciation of our effort we will be provided with:



1. Transportation

· Bus transportation from designated locations to Pavillion Kuala Lumpur.

· Bus transportation from Pavillion Kuala Lumpur back to designated locations.


2. Breakfast
* Dutch Lady will make the necessary arrangements.



3. Goody Bag (per participant)
* A Dutch Lady event T-shirt
* Drinking Water
* Food voucher for lunch

Dear Scouts/RoversKL,

Lets Blitz !
Lets be apart of the history !

ITERNARY
07:30am - 08:00am - Pick Up from individual district designated pick-up area.

09:45am - Arrival of Guest/Media

10:00am - Arrival of VIPs

10:20am - Speech by: Bas van den Berg (Managing Director, Dutch Lady Milk Industries S/B)

10:25am - Speech by VIP

10:30am - Q & A (Preparation for Record attempt to start)

"MOST PEOPLE DRINKING MILK AT THE SAME TIME"

10:45am - End of Press Session

11:00am -
- Malaysian Book of Records Attempt -2,500pax
- Countdown by the Drummers
- Live Crossover - TV3

11:20am - End of the attempt

11:30am - Announcement of Record Achieved

11:45am - Flag-Off

12:00pm - First round of Milk giveaways (500) & activities start

12:30pm - Performance by: Reshmonu

01:30pm - Performance by: Drum Group & free milk giveaways (500)

02:30pm - Performance by: Dayana & free milk giveaways (500)

03:30pm - Performance by: TBC

04:30pm - Performance by: Najwa & free milk giveaways (500)

05:30pm - Performance by: Alif Satar & free milk giveaways (500)

7:00 pm - Free milk giveaways (500)

08:00pm
- End of World Milk Day 2010.
- Bus pick up and send back to designated area.

Cheers!
p/s will update info time to time..
Kindly contact your respective district commissioner for more info or browse http://www.klscout.org


* Certificate of participation
* 1 pack of Dutch Lady limited edition milk pack


Baca Artikel Penuh..



Remaja tunjuk lokasi budak dikebumi hidup-hidup

 PENDUDUK, Siti M Sarip, menunjukkan tempat   bayi ditanam di  tebing Sungai Malim, Taman Melaka Baru, Batu Berendam,   semalam.
PENDUDUK, Siti M Sarip, menunjukkan tempat bayi ditanam di tebing Sungai Malim, Taman Melaka Baru, Batu Berendam, semalam.


MELAKA: Polis menahan dua pelajar berusia belasan tahun, selepas disyaki terbabit menanam hidup-hidup seorang bayi yang baru dilahirkan di Taman Melaka Baru, Batu Berendam, dekat sini, pertengahan minggu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, kedua-dua remaja itu ditahan sejurus selepas ibu pelajar perempuan berkenaan membuat aduan mengenai anaknya yang bersalin tanpa pengetahuan beliau, pada awal pagi Rabu lalu.
Katanya, sejurus penahanan itu, pelajar lelaki dipercayai pasangan remaja yang bersalin itu membawa polis ke sebuah lokasi berhampiran sungai di taman berkenaan, bagi menunjukkan tempat bayi berkenaan ditanam.

“Polis menemui mayat bayi ditanam itu berhampiran sebatang sungai, dipercayai dilahirkan pelajar perempuan itu pada kira-kira jam 4 pagi.

“Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan hasilnya mendapati, bayi yang cukup sifat itu masih hidup ketika dilahirkan selain terdapat beberapa kesan lebam di bahagian kepala," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Mohd Adnan berkata, kejadian pelajar perempuan itu melahirkan anak hanya disedari ibunya selepas menemui pelajar itu dalam keadaan berlumuran darah, sejurus pulang dari tempat kerja pada hari berkenaan.
Katanya, tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan anaknya, ibu pelajar itu membawa anaknya ke sebuah klinik berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.

"Doktor yang merawat beliau memaklumkan kepada wanita terbabit, anaknya itu baru bersalin. Ini menyebabkan beliau terkejut dan kemudian bertindak membuat aduan polis pada hari sama. Susulan itu, seorang lelaki dipercayai pasangan anaknya ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Mohd Adnan berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan Kelahiran
Sumber Berita Harian

TintaBicara - SELAMAT HARI BELIA? BELIA PEMANGKIN KEMAJUAN NEGARA :-)


Baca Artikel Penuh..



KAU JE NAK AKU PUN NAK JUGAK HIHI :-)



F
1 ) Header BEN ASHAARI BLOG
Sudah Bah

2)2) Berikan nama samaran anda dan nama blog anda ... Ceritakan latar belakang blog anda .. Lagi panjang lagi bagusssss ...

Tinta Bicara melambangkan sesuatu yang unik kerana pada kelazimanya
tinta hanya menulis dan lidah yang melafazkan bicara
tapi bagi aku tinta berbicara melambangkan suatu keserasian yang dapat meninggalkan kesan kepada semua orang,dalam dunia blogging aku masih anak ayam yang baru menetas
cuba menjadi 1 dalam sejuta mencari kelainan dalam kehidupan dan juga mewarnai kehidupan mereka yang sudi membaca

di dalam tinta berbicara
aku juga cuba mencari siapa diri aku yang sebenar
ke mana arah tuju aku
dan bagaimana harus aku ambil suatu keputusan di dalam sebuah kehidupan
kerana di sini aku melihat dunia dari aspek yang berbeza
walau tak jauh dari dunia realiti tapi masih ada kelainanya

Asyrafhamasaki nama samaranku aha minat ayumi hamasaki kot
tinta bicara nama blog aku blog ni aku dah buat lama dah cuma aku tak aktif sebab kekangan ketika aku belajar dan kesibukan al kononye lah padahal malas ahahaha! titik.

merupakan seorang pekerja swasta
dan seorang pelajar separuh masa
seorang full time acc assitant yang minat berkarya
dan seorang sukarelawan wataniah
ah sudah aku jugak sker membebel macam brader ben aha
so jangan aku membel kau biarkan :-)


3) Dari mana anda tau mengenai Segmen ini
Semestinya dari blog brader ben sebab aku sker melihat dia dari jauh sambil mencari ilham aha
itu saja jemput lah singgah ohoiiii


Baca Artikel Penuh..



 Online User