PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Undefined Friendship - Kad Raya dan Kenangan


Ha mesti orang cakap
tak habis habis dengan bende sama :-)
tapi Bila Tinta Bicara
sangat menghargai bagi sesiapa yang menghargai dirinya ewahhh :-p
poyos di disitu

Barang siapa yang buat sole entry akan dapat jugak balasannya
:-) kali ini kad raya jatuh kepada Blog sumpit2u
Terima kasih kerana sudi buat satu entry hik2
Ok Bila tinta bicara sangat menghargai kepada sesiapa yang meberi coment
atau sekadar tulis blog walking di bahagian chat box
tak sudi baca entry pun tak apa kesudian menjengah dan meloading page juga sangatlah di hargai :-) Insyallah setiap blog walk walaupun sekadar hye akan juga di balas cuma lagi lambat atau cepat je maklumlah orang koje katanya :-)

Berblog di samping menjalinkan ukhwah antara kita
adalah mengapa Bila Tinta Bicara di tubuhkan ewah :-)
dan lagi Keep In Touch Selalu

Walau Tidak bertemu rupa
Walau Tetap Jauh di mata
Di hati Tinta ada Kamu Semua rakan rakan blogger :-)

P/S JOM lunch ewahhh





Baca Artikel Penuh..



AWAS ANDA DI PERHATIKAN ~~"



Da habis pening pening
kita pergi cerita jijik skit ~~"
maaf bukan 18 sx ok


Cerita ini berlaku di luar negara
di mana seorang penyampai berita sedang menyampaikan berita
secara langsung
nak di jadikan cerita wartawan kat belakang
selamba dok je korek lobang harta korek lombong aka korek hidong
yang SEDAPNYA
lepas korek dia siap boleh masukkan jari ke dalam mulut tanpa lap dulu
:-)
Mesti geli kan hik2
Tengok gambar






Ha tak tipu
eh eh oi oi
yang baca entry ni
tengah buat apa tu korek jugak ke ~~"
KANTOI disitu





Baca Artikel Penuh..



Pening Pening Peniggggg...



Assalamualaikum
haha gelak gelak jugak kepala sudah kusut ~~"
nak tau cerita
ah meh layan hikayat putera gunung nuang hik2

Al kisah maka road tax bini tersayang akan tamat pada tempoh 9/10/2010 ~~"
which mean Money kan?
Telefon la AMBANK untuk tanya proses renewal roadtax dan juga Insurance
Ha dengan relaks je brader tu jawab
"Encik dah check saman belom? kalau tak bayar diorang bagi renew 6 bulan je "
omg sejak bila? sejak sistem senarai hitam di tangguhkan buat sementara waktu

takpe takper tamo renew AM Insurance tahun ni dengan Kurnia plak ~~"

Masak terus ke MYEG.COM untuk check saman
key in data pop RM 600 tunai SPEEDING ~~"
lokasi? Seremban KL - KL Seremban
adeh atoookkk kampung dennn ma tamo la mcm ni ~~"
ok mengarut sudah
P/S TAK BAYAR SAMPAI NEXT YEAR AKAN DI MERIT MAKNANYA KALAU SPEEDING GANTUNG LESEN BAGI YG PENUH DAN BATAL BAGI YG PERCUBAAN I LOIKE



Rasanya mcm tak ingat je mana atok ni menyorok dalam pokok kot ~~"

errrr kira kira kira
Insurance bla bla bla RM1400 + road tax RM70 campur saman RM600 TUNAI
sah? sah? alhamdulillah ~~"

Dengan kemerengan yang menjadi jadi tadi
tanpa segan silu terus la buat bayaran speeding secara online

Ohtidak.com isk2 kecewa
terbang mcm tu je duit gaji bulan ni
Jadi dengan ini hamba ishtiharkan misi mencari rumah terbuka bersama plasti untuk tapau makanan,kete simpan jangan guna motor isi dengan air buat ganti minyak

-Kring Kringgg Telefon ibunda :-( bagi laporan harian sob2


pesanan kita hari ini
Pandu Dengan Cermat Ingatlah Duit yang Tersayang

OK




Baca Artikel Penuh..



Perompak Amatur Muat Turun Gambar Di Facebook


Seorang perompak bank, Ryan Homsley yang menggelarkan dirinya sebagai 'Where's Waldo' ditangkap dua hari selepas dia mengaku melakukan jenayah itu dalam laman sosial Facebook miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Nama 'Where's Waldo' diberikan kepadanya yang diambil sempena watak ciptaan pelukis British, Martin Handford itu kerana dia sebelum ini sukar ditangkap.

Pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menahan Homsley berusia 29 tahun selepas dia menulis: "Saya kini seorang perompak bank" di laman Facebook pada 22 September lalu.

Pengakuan itu ditulis hanya selepas beberapa jam dia merompak sebuah bank di Tualatin, dekat Portland, Oregon Amerika Syarikat (AS).

Homsley turut menjadikan gambarnya yang dirakamkan kamera pengawasan bank dan yang telah disiarkan media sebagai gambar profilnya di Facebook.

Satu klip video dari kamera litar tertutup (CCTV) bank tersebut menunjukkan Homsley berdiri di hadapan sebuah kaunter dengan memakai baju belang dan cermin mata tebal. Dia memberitahu kakitangan bank bahawa dia membawa sebutir bom.

Namun, satu beg dan kotak kecil yang ditinggalkannya selepas melarikan wang itu sebenarnya tidak berbahaya.

Rakan-rakan Homsley memberitahu dia menghidap diabetes dan terdesak untuk mendapatkan wang bagi membiayai kos rawatannya. Homsley di tangkap semasa dia mendapat rawatan di sebuah hospital

~~" apa punya orang da


Baca Artikel Penuh..



Movie Review - Wall Street Money Never Sleep... But I DO :-)


Assalamualaikum kembali lagi dengan review movie :-)

Filem yang di arahkan oleh Oliver Stone dam dibintangi oleh Michael Douglas Shia Labeouf dan
Carrey Muligan :-)

Sipnosis Ringkas

Filem di mulakan dengan pengambaraan di mana Michael Douglas ( Gordon Gekko) di lepaskan dari penjara setelah selesai menjalani hukuman memanipulasikan pasaran saham
Shia Labeouf ( Jake Moore) adalah seolah remiser muda yang jatuh hati kepada anak Gordon Gekko iaitu Carrey Mulligan ( Winie) yang tidak memaafkan ayahnya iaitu Gordon Gekko kerana telah menyebabkan keluarga mereka Musnah

Perkembangan
Setelah dibebaskan Gordon menerbitkan buku mengenai pasaran saham Jake Moore cuba menjernihkan hubungan Winie dengan ayahnya ....

Nak dijadikan cerita firm yang mana hero bekerja ini telah di jatuhkan melalui spekulasi yang di cipta oleh watak antagonis. Apabila pengasas itu telah membunuh diri maka hero pun bertekad untuk membalas dendam zZzZZ

Klimaks.
Hero mengeluarkan duit heroin untuk digunakan bagi melancarkan serang balas
walaubagaimanapun ayah heroin telah mengambil duit itu lalu mengunakan utk bisness sendirik ~~"

ZzZzZ
Boring hahahah
nak tau lebih lanjut sila ke pawagan berdekatan
tapi awas jika anda tak minat ekonomi tak ada asas kira kira perdagangan bla bla bla (ayat poyo)
better tokse gi la wesss ada yang siap angkat kaki lagi sebab borrrriNNNGGGGG
orang SEBELAH btb pun siap boleh layan tidor 2 jam lagi ~~"

Wall Street Money Never Sleep

Promo Memang Terbaik
Tapi Movie ~~"
3/5 Star :-)

dislike ~~"







Baca Artikel Penuh..



Ken...angan ooohh Kenangannnn

Hahahah

Hari ahad yang penuh dengan undangan rumah terbuka
ada juga buat kawen terbuka konon konon bleh la jimat budget
sekali dengan rumah terbuka ~~"
Adat orang bujang memang penuh dengan kenangan hik2
kamiiiii

Orang orang bujang
memang gemar rumah terbuka
kawen terbuka
dan pelancaran kedai makan baru
Sebab nyer ada makan hahahah

Nak di jadikan cerita zaman zaaman student sepenuh masa dulu
asal kan nak tunggu elaun masuk je kering
asal kering je duit elaun tak masuk
asal maggie je elaut duit tak masuk masuk
maka dengan motor 2 bijik kami berempat akan
mencari kenduri kenduri kawen :-)

Dengan syarat jangan masuk ikot gerbang
ikot jalan lain
sambil buat buat cakap dalam telefon :-)
pastu amik lauk makan hik2

Dah kenyang
jalan ~"~

Kenangan Oh Kenangan

p/s dekat dorm dulu ada pintu terbuka je
maggiee lagiii :-)





Baca Artikel Penuh..



Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2011

Kepada adik adik yang hendak menduduki pmr 2010
ini adalah sedikit info yang di perlukan
kalau berminat nak sambung tingakatan empat di
MRSM Mara


MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi mata pelajaran teras dalam PMR tahun 2010.
2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2010.

Syarat Kelayakan Memohon MRSM

1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam Subjek Matematik dan Sains.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

1. Pemohon akan menduduki UKKM pada bulan Disember 2010.
2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan online.

Pemilihan

1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM juga tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan

1. Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
2. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4. (Pautan akan hanya dibuka pada 27 September 2010)
3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
4. Pemohon juga perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah:
* Permohonan Ke Tingkatan 4, Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah), Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.

Memohon Nombor Pin atau Kata Laluan

1. Pemohon boleh mendapatkan nombor pin di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 27 September 2010 secara percuma.
2. Sila bawa salinan kad pengenalan, surat beranak serta keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2010, yang telah disahkan benar, semasa mendapatkan nombor pin.

Tarikh Tutup

1. Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2011 akan ditutup pada 21 Oktober 2010.
2. Cetakan borang permohonan online yang telah lengkap diisi bersama-sama dokumen yang berkaitan hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2010.
3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2011.
4. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2011 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Maklumat

1. Sila rujuk Iklan Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 4 Tahun 2011 Semenanjung Malaysia untuk maklumat lanjut.
2. Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi talian 03 2690 3765.
3. Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;

1.
* Syarat Kemasukan Tingkatan Empat(4) MRSM Semenanjung.
* Kurikulum MRSM
* Sistem Penilaian
* Kemudahan Pelajar di MRSM
* Senarai MRSM
* Alamat MRSM
* Soalan Lazim

Kalau ada soalan boleh je kalau nak tanya
kalau tidak boleh juga menrujuk kepada laman sesawang Mara

Permohonan boelh di buat di sini apabila di buka kelak


Baca Artikel Penuh..



7 orang terkaya dunia Latest Update


Hari jumaat ni jom ceriakan hari dengan
senarai 10 orang terkaya di dunia :-)

Dipetik dari Forbest.com Most billionaire 2010


Antara berada di senarai setakat Hari ini adalah


YANG PERTAMA

Carlos Slim Helu -
Mexico dengan kekayaaan berjumlah 53.5 Billion dan berumur 70 Tahun

YANG KEDUA

Bill Gates -
54 tahun dari USA dengan jumlah harta sebanyak 53 Billion

YANG KETIGA

Warrent Buffet -
79 tahun dari USA dengan jumlah harta sebanyak 47 Billion

YANG KEEMPAT

Mukesh Ambani -
52 Tahun dari india dengan jumlah harta sebanyak 29 Billion

YANG KELIMA

Lakshmi Mittal -
59 Tahun dari india dengan harta sebanyak 28.7 Billion

YANG KEENAM
Lawrence Ellison -

65 tahun dari Usa dengan jumlah harta 28 Billion

YANG KETUJUH

Bernard Arnault -
61 tahun dari Pegancis :-p dengan jumlah harta 27.5 Billion

Fakta - Mereka tidak kaya dengan Log in facebook dapat RM100 ( Semak picture je :-))
Fakta - Mereka tidak kaya dengan skim Lazo ;-)
Fakta - Warren Buffet tidak pernah letak laptop ada meja semasa perbincangan
Fakta - Sistem kapitalis memainkan peranan dalam meng kayakan mereka dengan memanipulasikan orang lain :-)
FAKTA - KAYA SANGAT PUN TAK BOLEH :-) ORANG MELAYU KAN KUAT JELES HIK2


Jom solat jumaat :-)



a href="http://www.mylivesignature.com" target="_blank">


Baca Artikel Penuh..



Saintis Sahkan Nabi Musa A.S membelah laut Merah



Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. - Agensi



:-) Seindah dan Sebaik baik buku SAINS di muka bumi ini adalah Al-Quran nur qarim
teori Big bang yang dicetuskan saintis barat juga belum mampu menyamai atau mendekati Fakta penciptaan Alam yang indah ini seperti yang tercatit di dalam Al-Quran
itu pun sibukkkkkkkk kita nak agungkan mereka. Tapi jua sekadar berlandsakan masa silam tak akan membawa kita ke mana kalau orang di zaman ini hanya mampu bermegah dengan sejarah keagungan islam lampau

Tak gitu wok?



Baca Artikel Penuh..



Menu kita hari ini :-)

Hai tuan tuan dan puan puan :-)
hari ni blog BTB nak buat acara memasak plak
jom main masak masak :-)

Menu kita hari ini adalah

Sup itik dan Itik panggang :-)

Resepi ini telah di aplikasikan semasa
berada di kampung tempoh hari
sempena hari raya
maklumlah rumah kg tu mcm rumah tinggal
setahun sekali sedara mara musti jengah
berkumpul dan melawat kubur atuk dan nenek :-)

Ok back to business katanya

Yang best nya itik2 ni terbaik dan fresh dari ladang halal punya
sebab BTB yang tangkap sendiri I LOIKE :-)


Ha step 1

Perhatikan mangsa dengan mata menyinar







Setelah mangsa pertama di tangkap
maka mangsa mangsa lain akan belari lari seperti itik pulang petang


Dan lagi itik berlari bekejaran




Setelah proses menyebelih dan mencabut bolu itik di jalankan
< gambar tak bleh release bateri habis>

maka ia pun di proses sebahagianya di dalam kuali
sebagai rendang




Maka malam itu BBQ beramai ramai juga sangat meriah
dan sangat kenyang
dan kesimpulan nya berat btb juga bertambah :-p







Eh lupa si comel ni anak sedara
sangat comel dan pandai menawan hati
pakcik teettt abg sedaranya yg selalu cair dengan pujukan dia :-p







Baca Artikel Penuh..



2 Orang Pemenang Contest kad raya dah declare Lagi 3?

Entry ringka2 je raya ni
sebab pertu berlagu lagu dengan kuih sempret
sarang tebuah la kuih batang buruk la
sisa sisa rendang dan serunding hik2 :-)


Antara peserta bertuah yang dah declare kemenangan mereka adalah

A) Hanim :-)
B) Cekkeya :-)

lagi 3 lau ada entry tuan tanah akan publish kat sini ye
kalau tidak :-p ngeh2

I loike





Baca Artikel Penuh..



APABILA ANDA DI TAHAN POLIS!

AWAS INI ADALAH ARTIKLE YANG PANJANG
DAN DI CEDOK TANPA SEBARANG PENGUBAH SUAIAN
DAN DI PETIK DARI PADA
"TaNgKaP"
TINDAKAN ANTI PENYALAH GUNAAN KUASA POLIS


JOM KETAHUI APA HAK ANDA
JIKA ANDA DI TAHAN MEREKA


BILAKAH ANDA DI TAHAN POLIS?

1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

1.1 Sekiranya polis tersebut tidak memakai pakaian seragam
Tanya beliau mengenai kad kuasa beliau.

1.2 Kad Kuasa Polis
Warna Merah : Anggota polis tersebut telah digantung. Beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk berbuat apa-apa. Anda tidak perlu mengendahkan beliau.
Warna Biru : Polis yang berpangkat Inspektor dan keatas.
Warna Kuning : Polis yang berpangkat dibawah Inspektor.
Warna Putih : Polis Simpanan.

Ambil perhatian nama dan nombor anggota polis pada Kad Kuasa Polis.

1.3 Di dalam Pakaian Seragam. Ambil perhatian nama dan nombor anggota polis pada pakaian seragamnya.

1.4 Kenderaan Polis. Ambil perhatian tentang nombor pendaftaran pada kereta peronda, motosikal atau

2 APABILA DISOAL OLEH POLIS

2.1 PengenaIan Anda
Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.

2.2 Seandainya ditanya soalan-soaian lain
Anda boleh bertanya, "Adakah saya ditahan? "

2.3 Bilakah anda ditahan
Anda ditahan apabila anggota polis itu
• menjawab "ya" pada soalan di atas
• beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin membawa anda ke balai polis
• apabila anda digari

Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan
beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan.

2.4 Bilakah anda tidak boleh ditahan.
Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112).



3. SOALJAWAP OLEH POLIS TANPA PENAHANAN

3.1 Kenyataan saksi/112
Apabila pihak Polis menjalankan siasatan mengenai sesuatu kes dan berpendapat bahawa anda tersebut, pihak Polis boleh menyoal anda dan menulis jawapan-jawapan anda (Kenyataan saksi/112).

3.2 Permintaan rasmi /tidak rasmi
Selalunya, pihak polis membuat permintaan tidak rasmi untuk anda memberikan
Kenyataan saksi/112. Sekiranya tempat dan waktu adalah bersesuaian, beri kerjasama.
Sekiranya tidak, beritahu Polis yang anda akan berbuat demikian pada tempat dan waktu yang bersesuaian. Sekiranya anda enggan bekerjasama sama-sekali, Polis akan mengeluarkan suatu perintah rasmi yang ditandatangani oleh pegawai penyiasat (Perintah Polis} untuk meminta anda bekerjasama.

3.3 Memberikan Kenyataan saksi/112
Anda mempunyai hak untuk meminta seorang peguam menemani anda. Ini adalah dinasihatkan. Di dalam memberikan Kenyataan saksi/112, anda boleh enggan menjawap apa-apa soalan yang boleh mendedahkan anda kepada apa-apa kesalahan jenayah.

• Bawa bersama anda buku nota atau kertas tulisan (nota peribadi).
• Tulis semua soalan yang ditanya di dalam nota peribadi.
• Pastikan anda memahami setiap soalan yang ditanya.
• Ambil masa dan fikir berhati-hati sebelum menulis jawapan di dalam nota peribadi.
• Baca jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.
• Simpan nota peribadi untuk rujukan di masa hadapan.

3.4 Menandatangani Kenyataan saksi/112 anda
Sebelum menandatangani kenyataan anda, baca solansoalan dan jawapan-jawapan yang ditulis oleh Pegawai Polis secara berhati-hati.

• Bandingkan kenyataan yang anda disuruh tandatangani dengan nota peibadi anda.
• Anda mempunyai hak untuk membuat pembetulan/perubahan kepada kenyatan anda sebelum menandatanganinya.
• Tuliskan tandatangan anda di bawah ayat penghabisan kenyataan anda.
Sekiranya anda gagaI mematuhinya. anda tidak boleh ditangkap. Akan tetapi, itu adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh meminta Majistret untuk mengeluarkan suatu waran terhadap anda untuk memaksa anda bekerjasama.

4. PENAHANAN OLEH POLIS

4.1 Apabila ditahan tanya, "mangapa saya ditahan?"
Setiap tahanan yang dibuat tanpa dimaklumkan sebabnya adalah satu tahanan yang salah.

4.2 Jangan melawan
Anggota polis mempunyai hak untuk menggunakan kekasaran yang munasabah sekiranya anda melawan.

4.3 Tanya - "Ke balai mana encik hendak membawa saya?"
Anggota polis tersebut hendaklah membawa anda dengan segera ke balai polis berdekatan dan tldak ke tempat lain.

4.4 Apa perlu dibuat setelah dimaklumkan tentang tangkapan.
Anda mempunyai hak untuk membuat panggilan telefon. Buat panggilan kepada keluarga, peguam atau Pusat.

Bantuan Guaman. Maklumkan mereka:-
• Anda telah ditangkap.
• Masa, tempat dan sebab-sebab tangkapan.
• Pengenalan anggota polis yang menangkap.
• Balai polis kepada mana anda dibawa.

4.5 Apa terjadi selepas tangkapan?
Anda boleh ditahan sehingga 24 jam:
• Di balai polis atau
• Di lokap balai polis

dengan tujuan untuk membantu siasatan polis.

5. HAK-HAK ANDA KETIKA DALAM TAHANAN

5 1 Hak untuk menghubungi Peguam
Awak mempunyai hak untuk berhubung dengan peguam dan nyatakan kehendak anda untuk berbuat demikian.

5.2 Pakaian
Anda boleh mempunyai satu set pakaian semasa di dalam lokap.

5.3 Barangan Persendirian
Anggota polis hendaklah merekodkan segala barangan persendirian anda di dalam penjagaan yang selamat. Barangan-barangan ini hendaklah dipulangkan sebaik sahaja anda dilepaskan.

5.4 Kebajikan
Anda dibenarkan untuk mandi 2 kali sehari. Sekiranya anda sakit, anda boleh mendapatkan rawatan dengan segera. Anda hendaklah diberikan makanan, minuman yang wajar dan mencukupi sepanjang tahanan.

5.5 Berapa lama polis boleh menahan anda
Polis boleh menahan anda sehingga 24 jam unluk siasatan. Adalah menjadi tanggungjawab polis untuk menyiapkan siasatan dalam tempoh 24 jam dan melepaskan anda secepat yang mungkin. Seandainya polis tidak dapat menyelesaikan siasatan mereka di dalam masa 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk satu Perintah Reman untuk menyambung penahanan anda melepasi 24 jam.

6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET

6.1 Siapakah Majistret
Majistret adalah seorang pegawai Mahkamah yang mempunyai kuasa samada untuk memberi Perintah Reman untuk menahan anda lebih dari 24 jam.

6.2 Tujuan Perintah Reman
la adalah bertuiuan untuk memberikan lebih banyak masa kepada Polis untuk menyelesaikan siasatan mereka dan memutuskan samada terdapat keterangan untuk membuat pertuduhan kesalahan jenyah terhadap anda. Pihak polis tidak boleh memohon Perintah Reman semata-mata bagi tujuan mendapatkan kenyataan daripada anda.

6.3 Jangka hayat Perintah Reman
Apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk Perintah Reman, Polis mestilah memberikan sebab-sebab mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Majistret bertugas mestilah memberikan pertimbangan yang wajar terhadap sebab-sebab yang diberikan Polis. Polis selalunya akan memohon penahanan lanjutan selama 14 hari atau kurang.

Majistret, selepas memberikan pertimbangan wajar sebab-sebab yang diberikan oleh Polis, mempunyai budi bicara:

• untuk tidak membenarkan Perintah reman; atau,
• untuk membuat Perintah reman untuk suatu jangkamasa yang lebih pendek dari yang dipohon Polis.

Polis boleh membuat lebih daripada satu permohonan untuk Perintah Reman.
Walaubagaimanapun, anda tidak boleh ditahan lebih daripada 15 hari kesamuanya.

6.4 Apakah langkah yang perlu anda ambil sekiranya anda dihadapkan ke Majistret
Maklumkan kepada Majisiret bahawa:

• anda ingin mendapatkan representasi peguam dan memaklumkan kepada LAC serta keluarga anda.
• anda ingin mendapatkan bantuan perubatan kerana anda tidak sihat atau telah didera,
• anda telah diugut atau didera semasa di dalam tahanan (jika ada).
• anda telah dinafikan dengan makanan / air / pakaian yang sewajarnya, tandas atau perhatian perubatan yang sewajarnya semasa di dalam tahanan (jika ada).
• samada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda di dalam tahanan.

6.5 Pohon untuk Perintah Reman yang singkat
Pohon untuk Perintah Reman yang singkat sebelum Majistret memberi Perintah Reman.
Beri alasan-alasan (sebagai contoh: "saya akan bekerjasama dengan polis di dalam siasatan", "saya akan hadir setiap kali polis memerlukan saya" dan sebagainya).

7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TAHANAN

7. 1 Bilakah ia boleh dilakukan
Sekiranya anda berada di tempat (sebagai contoh: karaoke / kelab) di mana polis
sedang melakukan serbuan atau mencari sesuatu (sebagai contoh: dadah berbahaya}, polis berhak untuk melakukan pemeriksaan badan/beg anda tanpa menahan anda. la hanya boleh dilakukan dengan kehadiran pegawai polis yang berpangkal tidak kurang daripada inspektor,

7.2 Apakah yang perlu anda lakukan
• Jangan benarkan polis untuk memasukkan tangan mereka ke dalam saku atau beg anda.
• Kosongkan saku /beg anda di hadapan polis secara sukarela untuk memastikan anda dapat ngawasi barangan anda.
Keluarkan barangan anda satu demi satu. Setiap kali, sebut sebagai contoh "purse", "kunci", "kad pengenalan" dan sebagainya.
Apabila saku / beg anda kosong, terbalikkan saku I beg tersebut.

7.3 Hak-hak anda
• Wanita hanya boleh diperiksa badan mereka o!eh pegawai polis wanita sahaja.
• Setiap pemeriksaan badan perlu dilakukan dengan penuh sopan (sebagai contoh: bahagian sulit tidak boleh disentuh).
• Tidak ada undang-undang membolehkan anda dibogelkan.

8 PEMERIKSAAN BADAN APABILA DITAHAN

8.1 Bilakah polis boleh melakukannya
• Polis mempunyai kuasa untuk melakukan pemeriksaan badan bagi objek yang berhubung dengan kesalahan yang disyaki.
• Pemeriksaan badan harus dilakukan di dalam kawasan yang terlindung. Adalah menjadi hak anda untuk diperiksa di kawasan yang terlindung.

8.2 Pemeriksaan badan secara bogel
Walaupun semasa anda ditahan, tidak ada undang-undang membolehkan Polis memaksa anda dibogelkan. Sekiranya anda dipaksa untuk bogel / diugut sekiranya anda enggan berbogel:
• Bantah.
• Pastikan anda dapatkan nama pegawai polis tersebut.
• Buat laporan selepas kejadian tersebut.

9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITAHAN

9.1 Kenal pasti pegawai polls yang menyoal-siasat anda.
Pastikan nama I pangkat pegawai polis yang menyoal-siasat anda.

9.2 Hak memilih untuk berdiam diri
Polis lazimnya akan memulakan perbualan ramah mesra (sebagai contoh:
soalan-soalan mengenai keluarga anda, kawan-kawan dan sebagainya). Anda harus bersopan. Jangan khuatir untuk berdiam diri. Itu adalah hak anda.

9.3 Polis inginkan kenyataan bertulis (Kenyataan 113) daripada anda.
Polis akan menyoal anda dan kemudian menulis jawapan anda. Anda hanya perlu memberi nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (Butir-butir peribadi).
Selain daripada memberi Butir-Butir Peribadi, anda berhak untuk berdiam diri.
Sekiranya anda memilih untuk berdiam diri, katakan: "Saya akan menjawab di Mahkamah".

9.4 Polis tidak berhak untuk memaksa anda memberi Kenyataan 113
Setelah memberi Butir-Butir Peribadi tetapi polis mengugut untuk memaksa anda untuk memberi kenyataan bertulis:
• bertenang dan berdiam diri;
• polis tidak berhak untuk mengugut, memukul atau Sekiranya anda telah diugut, dipukul ataupun dipaksa, buat laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan secepat mungkin. Ini adalah hak anda.

9.5 Sekiranya anda ingin memberikan Kenyataan 113
Ikut perkara-perkara di dalam perenggan-perenggan 3.3 dan 3.4 di atas. Sekiranya anda tidak mempunyai buku nota/kertas tulisan, minta dari Pegawai Polis. Kenyataan 113 anda boleh digunakan sebagai keterangan terhadap anda di dalam Mahkamah untuk membuktikan:
• anda telah mengakui/membuat pengakuan terhadap kesalahan jenayah sebagaimana yang dituduh; atau,
• anda telah mengakui/membuat pengakuan mengenai sebarang fakta yang boleh menunjukkan bahawa anda bersalah di dalam kesalahan yang dituduh.

POLICE AND YOUR BASIC RIGHTS
Published in conjunction with TANGKAP
(Tindakan Anti PenyalahGunaan KuAsa Polis)
http://www.malaysianbar.org.my

PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)
• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072
• Selangor : 03-3372 2792
• Negeri Sembilan : 06-7633 035
• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514
• Johor : 07-2235 698
• Perak : 05-2550 523
• Kedah & Perlis : 04-7333 467
• Kelantan : 04-7448 660
• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410
• Pulau Pinang : 04-2617 451 / 04-3316 830


GUNAKAN HAK ANDA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA!




Baca Artikel Penuh..



Entry Ringkas - Shoutmix Kena Ban

Assalamualaikum
wah hujung minggu yang penuh mendebarkan :-)
di genting dan juga open house
balik ke rumah ingat nak la buat blog walk ziarah kawan kawan
tapi bile nak shout di widget shoutmix
BTB dapat msg ini

"There are some problems with your current message. One or more website addresses you are using have been banned from the shoutbox for the reason of spamming.
If you have entered website addresses, please remove them to post again."

Hrmm sebab tu la mmg tak gemar shoutmix ni mcm poyo je dah la ada limit 60 per hour
pastu tak bleh nak bw laju2 isk2
apa pun yang guna chbox insyallah akan di bw nanti
sebab ari ni pun ada invitation open house lagi hik2

save maggie utk minggu depan ok :-)
minggu ni kita makan kat rumah kawan kawan

I loike :-)




Baca Artikel Penuh..



Tazkirah Jumaat - Kelebihan Puasa 6

Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)

Imam Ahmad dan an-Nasai'e meriwayatkan dari Thauban, Nabi SAW telah bersabda: "Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 tahun, sedangkan puasa 6 hari di bulan Syawal, (pahalanya) sebanding dengan puasa 2 bulan, maka itulah bagaikan berpuasa setahun penuh." (Hadis Riwayat Ibu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Diriwayatkan dalam suatu kisah apabila Rasulullah SAW bersama para Sahabat r.a sedang berada di dalam masjid, ketika sedang Rasulullah SAW mengajarkan ilmu agama kepada para Sahabat, tiba datang seorang perempuan yang amat cantik jelita berjumpa Rasulullah SAW. Kecantikkan perempuan tersebut menyebabkan semua sahabat berpaling ke arahnya. Kemudian, perempuan tersebut menyatakan hasrat agar Rasulullah SAW mengahwinkan dia dengan salah seorang daripada sahabat-sahabat Baginda SAW, tetapi dengan 3 syarat.

Syarat pertama ialah bakal suaminya itu tiap-tiap malam mesti mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzu'. Syarat kedua pula, setiap hari suaminya itu hendaklah sentiasa mendirikan ibadat sepanjang malam, dan syarat ketiga ialah suaminya hendaklah berpuasa setiap hari sepanjang tahun. Maka dengan syarat ini, sahabat-sahabat Nabi SAW yang memiliki hasrat untuk berkahwin dengan perempuan tersebut hilang rasa keinginan itu. Nabi SAW pun menawarkan kepada para sahabat siapa yang sanggup berkahwin dengan perempuan ini. Akhirnya sahabat yang berada jauh ke belakang sanggup berkahwin dengan perempuan tersebut dengan menunaikan ketiga-tiga syarat tersebut.

Setelah sahabat tersebut berkahwin dengan perempuan yang cantik jelita itu berbulan-bulan lamanya, akhirnya perempuan itu melihat suaminya itu, semakin hari semakin kurang membaca al-Quran, kurang beribadat pada waktu malam, kurang berpuasa. Lalu dia pun pergi berjumpa Rasulullah SAW menceritakan hal suaminya yang telah mengingkari janjinya. Lalu Rasulullah SAW memanggil sahabat tersebut dan bertanyakan kenapa dia tidak menunaikan janjinya ketika mula-mula ingin mengahwini isterinya itu.

Lalu, sahabat tersebut menyatakan Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyatakan bahawa pahala membaca Surah Qul Huwallahu Ahad satu kali menyamai pahala membaca 10 juzu' daripada al-Quran? Jadi aku membacanya sebanyak 3 kali. Rasulullah SAW menjawab: Ya.

Kemudian, Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyebut bahawa dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, maka pahalanya menyamai ibadat sepanjang malam? Rasulullah menjawab: Ya.

Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah bersabda bahawa Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun? Rasulullah menjawab: Ya. Dengan ketiga-tiga jawapan sahabat tersebut, Rasulullah SAW dan isterinya meraikannya dengan senyuman kesyukuran.




Baca Artikel Penuh..



AKHIRNYA....



Terima kasih tm :-)
walaupun kelajuan mu ibarat se eskor ferrari di litar formula 1 :-)
tapi customer service alhamdulillah terbaik

BilaTintaBicara(BTB) Telah mengalami gangguan teknikal bagi pengunaan internet
bermula dari hari terakhir di kole lumpur last week
malas nak buat aduan ingatkan sekejap je

alih alih drag sampai minggu ni pulak
habis duit labur kat bank tak pulang2 (cybercafe)
jadi semalam BTB buat laporan mengunakan TM 100

Mintak tukar modem


tup tup pagi ni TMDELIVERY dah hantar modem :-)
jadi dengan ini BTB mengishtiharkan utk berblog sampai lebam :-p

Untuk pengetahuan semua
penguna tm adalah dijamin kelangsungan modem
bermakna any problem just ring them dan akan di tukar oleh mereka
TANPA SEBARANG BAYARAN :-)

sila survey market price yer :-)

Terima kasih daun keladi
tak sia sia bayar RM 115 setiap bulan :)


tetibe jatuh hati kat TM
nanti internet lembap mintak la cerai balik :-p



Baca Artikel Penuh..



Kad Raya Dah Mula Sampai :-)






Disebabkan posmen dan angkatan semua bercuti sakan raya tahun ni
sebab depa dapat naik gaji
maka kad raya dan kenangan sampai la lepas raya hik :-)

Ini adalah contoh kad raya yang dah sampai pada tuanya :-)
tapi takder duit raya

So yang dapat duit raya nanti buat la satu entry ye hik2

I loike

p/s entry ringkas sambil mengunyah lomang
naik la berat hik2 ponek jo turun time bolan pose :-)




Baca Artikel Penuh..



Berhabuk seh :-)



Alhandulillah
selamat jugak sampai
ke bandar kole lumpor

Hujung minggu yang memonekkan den
balik je kampong
komah rumah
masak rondang
kojar itik nak buek sup
poie pasar
poie tesco molako carik daging nak bbq
keto den dah macam public transport dah

den pun dah tukar slang 100% dah'
baru limo hari esei balik
kalau sebulan
alamatna tak goti la nak cakap KE-EL lagi :-)
boto ni den da koba da :-p

hahaha ok ok pas ni Insyallah blog ini akan di sapu dari
semua habuk habuk
blogwalk balik
gelak2 kutuk2 balik :-)

TAPI hari ni
esei nak rehat jo komeh rumah kat ke el pulak :-)
lopeh tuh den nak poie ziarah kawan kawan kl plak :-)

To rakan rakan
jangan makan lebih2'
jaga jaga kolestrol dan darah tingi
i loike



Baca Artikel Penuh..



Tazkirah - Ramadhan Pergi Lagi

"Langit, bumi dan Malaikat Menangis, karena ramadhan pergi..." (Hadis)

Rasanya,
ramadhan baru saja datang...
tapi sekarang sudah pergi lagi...

Rasanya,
masih banyak salah,
masih banyak dosa
masih banyak yang harus dibenahi
untuk kembali fitri
untuk memperbarui hati...

Semoga kita masih bernyawa
untuk mencari keberkatan Ramadhan
di tahun hadapan

Semoga hidup kita diberkati olehNYA




Baca Artikel Penuh..



SALAM AIDILFTRI



HENING SYAWAL MEMBADAI DIRI
TAKBIR DI ALUN MEMUJI ILAHI
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FTRI
SEMOGA KITA KAN SENANTIASA BERJUMPA LAGI


KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN AIDILFITRI
KEMENANGAN KITA BERSAMA
SEMOGA DI MURAHKAN REZEKI
DAN BERBAHAGIA BERSAMA INSAN INSAN TERSAYANG




Baca Artikel Penuh..



BLOG BERCUTI :-)


Assalamualaikum
Pagi jam 12.30 tengah hari
Ambo akan bergerak pulang ke kampung
ewahhh orang ada kampung of course la kan

Jadi dengan ini tuan rumah
tidak dapat membalas coment
dan jugak berjalan di blog blog
sehinggan hari Isnin Depan

Hidup tanpa internet boleh kan?
jom kita cuba tak lama pun

Khamis Jumaat Sabtu Ahad :-p

Di kampung nanti mesti banyak isi isi tersirat
untuk kita kupas bersama di sini

KEPADA YANG AKAN PULANG KE DESA
PANDU DENGAN CERMAT
INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG OK :-)


"TUAI PADI ANTARA MASAK
ESOK JANGAN LAYU LAYUAN
INTAI KAMI ANTARA NAMPAK
BESOK JANGAN RINDU RINDUAN" :-)

Barakallah

p/s entry selepas ini adalah auto publish :-)




Baca Artikel Penuh..



Ahlan Wahsahlan ya Ramadhan - Doa-Doa Ramadhan

Hari Ketiga Puluh
Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.



Baca Artikel Penuh..



Ahlan Wahsahlan ya Ramadhan - Doa-Doa Ramadhan

Hari Kedua Puluh Sembilan
Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.



Baca Artikel Penuh..



7 Perkara yang anda Perlu Lakukan Sebelum Tinggalkan Rumah


Assalamualaikum
hamboi2 semua dalam mood raya gitu
hahah sama la kita cuma tuan rumah masih kene keje sampai hari rabu ni
warga kota kebanyakannya telah meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung halaman ( ayat drama melayu) :-)

Dan kesempatan ini akan di ambil oleh manusia manusia yang berhati nuraini suci murni dan bersih untuk tolong "mengemas" rumah kita aka sapu sampai licin untuk dapatkan duit raya bagi poket mereka betul tak?

Jadi hari ini ambo nak berkongsi tip2 mengelakan kejadiah pecah rumah di musim perayaan

Jom kita tengok 7 langkah bagi mengatasi masalah pecah rumah di musim perayaan



YANG PERTAMA - Pastikan selipar atau kasut yang murah murah di letakkan di luar rumah
sama ada terusun ataupun berselerak. Ini akan meninggalkan persepsi bahawa masih ada orang di dalam Rumah.

YANG KEDUA - Kalau boleh lampu di dalam rumah tu di set kan untuk terpasan selepas jam 12 malam supaya sebarang pegerakan yang mencurigakan dapat di kesan jiran tetangga yang ambil peduli. Kalau tak bleh set automatik sila nyalakan lampu itu :-)

YANG KETIGA - Pastikan tiada kunci pendua yang di sorok samada di atas kotak suis elektrik,di tepi tingkap di bawah pasu bunga ataupun di bawah alas kaki dan juga di dalam peti surat :-)

YANG KEEMPAT - Sila beritahu kepada jiran terdekat terbaik dan di percayai mengenai kepulangan anda ke desa. Mintak la tolong dengan sopan supaya mereka bantu menjaga rumah ketika kita tiada di sini

YANG KELIMA - Laporkan pada pihak polis mengenai percutian anda dan keluarga. Ini membolehkan pihak polis melakukan rondaan berkala di kawasan kediaman anda

YANG KEENAM - Hentikan dahulu penghantaran susu segar,surat khabar atau apa apa perkara ke rumah anda. Jika benda itu tersadai di luar maka ia akan memberi implikasi kepada orang lain bahawa anda tiada di RUMAH

YANG KETUJUH - BERDOA DAN BERSERAH lah kepada ALLAH selepas semua usaha di lakukan oleh kita. Jangan pakai pendinding ataupun memagar kawasan rumah anda itu kan syirik :-)


SELAMAT MENCUBA :-)




Baca Artikel Penuh..



 Online User