PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut
Showing posts with label Hati Ke Hati. Show all posts
Showing posts with label Hati Ke Hati. Show all posts

Kembali!


Kadang kala, kita mungkin tergelincir di pertengahan jalan sepanjang kita menongkah arus kehidupan.Kadang kala kita harus melepaskan sesuatu untuk mendapat yang lebih baik.Kadangkala kita terlepas apa yang ada di tangan dan terlepas juga perkara yang kita dambakan.Begitulah kehidupan.


Demi survival di tempat yang penuh cabaran, aku pernah memilih melepaskan niat menulis bagi mengejar cita cita,impian dan juga masa depan.Tapi bila di renung kembali aku merasakan tak salah jika kita cuba mengimbangi antara karier dan juga "hobi:" jadi aku memilih untuk menulis semula.


Dalam karier kadang kala kita terkhilaf dalam membuat keputusan. Samada perkara yang betul atau salah tiada yang termaktub kerana semuanya bergantung kepada situasi semasa.Dalam penulisan kita akan berada di persimpangan untuk memilih perkara mana yang patut kita kongsikan, personalkah,lucah kah dan sebagainya. Pernah satu ketika aku melihat penulisan lucah itu mungkin keyword bagi menarik pembaca,kerana kebanyakan wanita(tidak kesemuanya) suka memberikan komen kepada penulisan sebegitu.Tapi bila difikirkan pula aku hanya ingin berkongsi sesuatu yang menarik. Dilema.

Kalau di ambil perhatian, kebanyakan rakan rakan maya aku dari masa aku memulakan jejak pertama di alam maya telah mengambil keputusan untuk merehatkan diri lalu tidor dari bidang ini. Mungking kerana bagi mereka matlamat adalah bagi melepaskan masa terluang.tetapi ada juga yang terus melangkah maju kehadapan dan terus maju tanpa menoleh masa silam.

Justeru kali ini bilatintabicara kembali semula selepas melalui zaman kegelapan sebentar memilih untuk berkongsi rasa,pendapat,tempat tempat menarik,isu isu semasa dan juga membina kembali hubungan yang mula rapuh dek kerana ramai yang berusaha memilih populariti berbanding ......

Moga ini tidak menjadi penulisan aku yang terakhir








Baca Artikel Penuh..



Penghargaan : Kasih Sayang dan Pengorbanan Mereka



Di sebuah menara kolongmerat terkenal di ibukota.... seorang anak muda yang baru sahaja menamatkan pengajian dengan kepujian cemerlang telah datang untuk menghadiri satu temuduga bagi jawatan di syarikat tersebut, wajah yang mulus, tangan yang licin, muka yang suci ah mungkin masih mentah bagi menghadapi dunia yang kejam di luar sana.




Lantas apabila nama di panggil pemuda itu masuk ke bilik penemuduga dengan harapan yang mengunung,
setelah ahli panel penemuduga meniliti kandungan resume pemuda tersebut panel itu mengajukan beberapa soalan kepada pemuda tersebut...

Panel : Adakah anda memegang mana mana biasisiswa ataupun membuat pinjaman bagi melanjutkan pelajaran

Pemuda : Tidak

Panel : Adakah ini bermakna orang tua kamu yang menangggung segala kos pengajian dan sara hidup kamu ketika kamu melanjutkan pelajaran

Pemuda : Ya

Panel : Apakah pekerjaan ibu kamu?

Pemuda : Seorang yang mengambil upah mencuci pakaian, tuan.

Lantas panel meminta izin bagi melihat tapak tangan pemuda tersebut... sungguh licin dan bersih jadi panel itu terus bertanya adakah kamu tidak pernah membantu ibu kamu dalam tugasan harian beliau. Dengan nafas yang menghela pemuda itu mejawab, "Tidak tuan setiap kali saya ingin menghulurkan tangan Ibu akan memarahi saya dan mengarahkan saya supaya masuk kedalam bilik untuk menelaah pelajaran dan mendapatkan tidur yang mencukupi.

Baiklah saya mahu kamu balik ke rumah untuk membantu ibu kamu mencuci pakaian dan kembali ke sini pada ke-esokan harinya. Dengan hati yang teruja kerana menyangka peluangnya cerah pemuda itu pulang ke rumah untuk melaksanakan tanggungjawab yang di arahkan oleh panel penemuduga itu

Dirumah pemuda itu tadi beria ia untuk membantu ibunya, sambil itu pemuda itu mahu melihat telapak tangan ibunya...dengan perasaan gembira dan sedikit takut ibunya menghulurkan tanganya bagi di pegang oleh anaknya....

Alangkah terkejutnya si anak melihat kesan calar,luka lama di tangan ibunya,sungguh teruk air mata pemuda itu menitis jatuh, dengan perlahan lahan dia memeluk ibunya lantas mengambil baki pakaian yang hendak di cuci lantas dibersikah menggantikan ibunya... Inilah kali pertama beliau tersentuh kerana dengan tangan itulah yuran persekolahan, yuran pengajian dan kos sara hidupnya di berikan oleh ibunya ...

Pada ke-esokkan harinya dengan mata yang lebam kerana air mata yang tidak berhenti menangis pemuda itu hadir untuk temuduga pusingan ke dua.... lantas panel bertanya apakah yang telah dilakukan oleh pemuda itu dalam masa semalaman.... setelah menghabiskan cerita... Panel itu bertanya pelajaran yang baru sahaja di perolehi oleh pemuda itu yang tidak diperoleh selamat bertahun tahun di merana gading...

Pemuda : Tuan.... tanpa ibu siapalah saya hari ini tuan...sesungguhnya sungguh susah bagi ibu saya mencari wang bagi menampung perbelanjaan saya, syukurlah hari ini saya masih berpeluang untuk membalas jasa mereka..

Sambil menghela nafas panel itu berkata.... itulah yang kami cari pada calon yang ingin berkhidmat kepada kami..... Mereka yang menghargai teman sekerja yang sedar bahawa tanggungjawab itu adalah besar untuk dipikul dan tidak dihanyutkan kebongkan dengan segulung ijazah yang mereka perolehi

Tahniah anda dipilih

Lantas air mata pemuda itu berjurai jatuh buat kesekalian kalinya....




Baca Artikel Penuh..



Kehidupan....

Sedikit perkara yang perlu di lakukan bagi memastikan
hidup anda semakin dan bertambah ceria katanya :-)


Kehidupan ini sepatutnya indah kan? siapalah pengatur agar kita sekolah , sambung belajar,dapat kerja,bayar hutang, dan bayar cukai lepas tu mati?itu pandangan dari dunia kapitalis yang semakin mempengaruhi hidup kita....

aku jugak nak ambil peluang menyatakan pendirian aku kat sini kepada pengkritik2 blogger....aku gembira kerana sebenarnya
mengkritik bukan bermakna membenci
bersetuju bukan bermaksud menyokong
berbeda pendapat adalah
teman berfikir yang terbaik...

cuba matlamat itu tak menghalalkan cara bukan?
jangan selalu selak kain orang nanti kain sendiri terlondeh tak nampak ;-)






Baca Artikel Penuh..



MEREKA...






5000 yang datang separuh di hantar pulang di peringkat PERTAMA
2500 yang layak  3/4 Kecundang! di peringkat KEDUA
Baki yang tinggal mungkin hanya 1 platun (12 orang) atau 2 atau 3 atau 4 yang layak menyarung tanggungjawab sebagai pasukan khas....

Datang Mu Tidak Di Undang Jika Ragu Silakan Pulang!


Adakah kita di luar sana sanggup menangkat senjata mengalas tangungjawab bagi mempertahankan Negara kalau ditakdirkan ancaman itu tiba? Sedangkan jiran sebelah harus tidak di kenal,berebut parking boleh memaki hamun,sesama rakan boleh tikam menikam? adakah anda di luar sana sanggup berkorban nyawa untuk mereka yang anda tidak kenali?
Mereka yang di gelar Rakyat Malaysia?


Atau mungkin hanyut di buai mimpi fantasi? dunia materealisitik? nah kapal mu kini berlayar di lautan tenang
ombak pasti akan tiba di kemudian hari,teruskanlah di buai mimpi kerana realiti nanti pasti terpatri!


Hanya masa yang akan menentukan



Baca Artikel Penuh..



Boleh pulak macam tuh?

Ok ini entry bukan PMS cuma diselami dengan sedikit emosi sikit ok kepada yang dah baca... semua tau henset hilang motor hilang bagai kan? bayangkan anda kehilangan henset dengan sim card

tiba tiba msg masuk

"Hye boleh berkenalan"

maka aku pun reply

"sapa ni"

dengan tidak mengenalkan diri mahupun bertanya kenapa aku tanya kau sapa ko bukan main nak sembur lagi ayat dia bagai ini
"oh tak ingat macam ni la kawan cyber ye mudah lupa bla bla bla"

aku pun tanya la
"kau tak tau ke henset aku hilang bagai sim card semua hilang aku siap mintak korang update nombor lagi kat aku kau yg lama tak sms lepas tuh kau nak emo emo pulak billa aku tanya nama" salah ke aku tanya siapa kau sebab aku hilang contact?
salah aku ke henset tu hilang tanpa kerelaan hati?

lepas sejam aku tanya balik kau sapa kan? dengan sopan santun?
kau jawab
"sapa ni" wahh annoyed gila jawapan kau kan?
siap boleh kata " saya delete semua msg ngan nombor lepas awak emo dengan saya" gosh sapa yg emo dengan sapa ni aku tanya nama ko kata emo yg ko melantun tak pasal pasal tu apa? sayang? memang .....demn it

Eh sodah lah geram tau tak saja je kan ni aku dah publish biar satu dunia baca tapi nombor kau aku tak letak sebab aku masih hormati kau! do learn to respect other if you want to be respect!
Benda simple je
kau msg
takder dalam contact ( handphone hilang sim card rosak banjir bagai tanah runtuh)
aku tanya nama
kau jawab
aku save
live move on kan?
Friend forever program :-)

Pelik...korang pun mesti penah kena kan?


Baca Artikel Penuh..



I sayangkan You tapi I terpaksa Tinggalkan You ......



Kisah bini Lama

Betul... tak tipu.....Sumpah....percayalah kat I sayang I betul sayang kat you lepas u serah kan segalanya tapi I terpaksa tinggalkan you bukan sebab u tak chantek bukan sebab u tak menarik bukan sebab u tak gebu i terpaksa tinggalkan you sebab u dah lari meninggalkan I. I cuba carik u ke sana ke mari sampai jam 3 pagi
tak jumpa jumpa i sedih i call u tak angkat i tak give up sampai subuh baru la i mengalah bila u tamatkan line mungkin bateri habis mungkin jugak u dah di angkut jantan lain auuuuuu.... i sayang u bini i... tapi i terpaksa i harap u ta salahkan i.


Kisah Bini Baru

Sayang susah payah I carik you dari Hari Hisnin sampai hari Jumaat tiap tiap maalam i carik u kat center i nak buktikan bila i nak sesuatu i mesti dapatkan lautan berapi pun i renangi inikan pula traffik jam kat Malaysia. Malam Isnin i datang mid valley carik u kul 10 diorang kta u dah habis....i sedih i balik penat u balik keje kejar sana kejar sini


Malam selasa I pergi pavilion kl carik u jugak ...... kul 8 Malam lepas Maghrib I stay office terus redah gi pavilion ...i tak gemar pavilion ni sebab banyak budak budak baru nak ups dating kat situ jeles i sebab i terasa tua bila lepak kat situ rindu zaman breakdance seluar longgar longgar tapi budak budak sekarang main shuffle gagaga i tak bleh buat sebab perut i dah besar :-o i pergi center diorang cakap you habis jugak sekali lagi i sedih i balik rumah.....

Mlam Rabu i tak larat nak jalan jauh jauh i pergi pandan kapital pandan indah carik u diorang kata u habis jugak peh siap kata 2 minggu kalau nak dapatkan u. i tak sanggup tunggu lama lama u....sangap ni gagagag takper besok malam i carik lagi...

Malam khamis..... I pergi Jusco Maluri carik u tanya apek tu u ada ke tak dia cakap u merajuk kene tunggu 2 bulan baru boleh dapat i cakap nvm forget about it i carik tempat lain

Jumaat i carik u kat KLCC diorang cakap kalau nak u kene datang awal awal......sebab u ni panas hangat mantop dan lazat orang beratur macam barang percuma takper i gagahkan diri nak carik u besok pagi pagi lepas subuh i carik u

Sabtu tepat jam 7 pagi i macam orang gila drive masuk kl carik parking mahal kat KLCC.... semata mata nak dapatkan u kul 8 I sampai orang da beratur i risau takut tak dapat u i sedih gagaga tapi bila sampai turn i diorang kata u ada lagi alangkah gumbiranya rasa hati weeeee tapi 16gb takder tinggal 32 gb i cakap tak kisah la asalkan i dapat u :-)

Akhirnya I dapat jugak miliku u kan sayang





Ouch i sayang u la bini baru i :-) i dah buat display seminggu kat office i saje je letak atas table bagi orang jels hik2 :-)

Entry gedik ber i u i u mcm na wekkkkks pun ada tapi sebab sayang kan layan kan aje hehehe

Allah turunkan hujan .....sebab nak hadiahkan pelangi yang Indah jangan lupa tu.!


Baca Artikel Penuh..



Dugaan itu datang bertimpa timpa....



Assalamualaikum maafla tak ada mood nak mengupdate kerana minggu exam sudah bermula kerja di pejabat pun bertambah tambah dugaan juga berjurai jurai jatuhnya dari langit ke tujuh.....

Ingat tah pada 1 haribulan 12 yang lalu bini aku telah pun lari meniggalkan aku sudah la jatuh bertimpa timpa......dengan kehilangan bini aku iaitu nokia 96

Hari sabtu yang lalu Madu Bini aku Yamaha LC 135 pulak di curi orang terasa sangat la sedih kerana patah sudah kakiku ingin melangkah pergi ke pejabat mahupun urusan urusan lain... nak guna kete memang tidak la kan dengan jarak jem dan kos yg semakin meningkat bagi orang bujang mcm aku motor tu lah teman yg terbaik kereta guna bila perlu dan bila meniaga je.....


Satu laporan polis telah pun aku buat di balai polis pandan indah untuk kes ini Alhamdulillah layanan mesra pihak polis dalam mengambil report adalah amat di hargai walau bagaimana pun setiap butir2 kata dan perlakuan harus aku jaga jaga  berdasarkan tips tips berhadapan dengan pihak polis... baru dia tau dia tak boleh makan kita kan?

Laporan polis yg dibuat.....



Dan juga pertolongan juga telah di pohon dari rakan rakan fb seperti gambar di bawah

Sedih memang la sedih nak buat mcm mana rezeki dah tak ada kan :-(...... hari ni aku amik emergency leave untuk dapatkan pengesahan laporan polis dan juga proses claim insuran di wisma bumi jalan raja laut... aku tak boleh bayangkan bagai mana la layanan yg akan di beri pihak isurance provided bedasarkan apa yg member2 aku cakap memang macam tutttttttttttttttt ....time nak amik premium memang pelangi pun diorang tadah tapi bila nak claim macam nak renangi lautan api.... tapi tak apa aku akan jugak gagahi....

So kepada geng geng blogger area kl selangor dan negeri sembilan.....
REWARD RM 300 untuk Barang siapa yang menjumpai YAMAHA LC 135 WSF 3796 WARNA MERAH
TAMBAHAN RM 200 UNTUK KALAU DAPAT TANGKAP ORANG YG MEREMBAT MOTOR TU DENGAN SYARAT PUKUL DIA SAMPAI LUNYAI

Yang mana mana geng repo kereta ke student ke pekerja ke tolongla hamba ya tawaran valid sampai la claim isurance aku settle dan kes ini selesaii

Resah menanti esok pagi....



Baca Artikel Penuh..



Hati Ini Telah Di Bawa Pergi



Assalamualaikum selamat hari Rabu....

Hari yang sangat menyedihkan kejadian yang berlaku  ketika pulang dari membeli burge yang sepatutnya di makan sambil burgembira telah meninggalkan kesan yang mendalam pada diri bila tinta bicara....Bini kedua tinta bicara telah hilang tanpa dapat di kesan..... kejadian yang berlaku apabila selamat membeli burger dari sebuah gerai di tepi jalan

Beliaulah yang telah hilang :-(




Sedih kan? baiklah teman rakan dan taulan sekadar berkongsi bahawasan awas dan senantiasa lah berhati hati kerana kita saling di perhatikan....percaya atau tidak penulis langsung tidak menyedari bahawa N96 ini telah tiada dari dalam poket sehinggalah sampai ke rumah,siap boleh hidupkan charger tapi tak terlintas langsung dalam hati di manakan letak biniku ini,


Perasaan itu hanya kembali tersedar apabila surah surah suci Al-quran,di dalam laptop ini di mainkan,barulah hati terasa berat lantas mencari di keseluruhan bilik,jalan yang di lalui dan kedai yang telah di kunjungi,sukar di percayai tapi wallet kunci kereta masih ada di poket (sebab penulis menunggang motosikal) jadi mustahil tercicir sebab duit syiling yg ada di dalam poket jugak tidak hilang.

Tapi semuanya terlambat,sampai ke sudah bini ku tidak di jumpai.....telefon dapat malam tadi,pagi ni langsung dah tak ada line......sangat sentap kerana telefon itu mengandungi pelbagai perkara perkara penting bagi hidup penulis....... menyesal jugak kerana tidak sempat menyimpan security code yang membolehkan telefon itu di nyahaktifkan walaupun simcard di tukar,jadi take note senantiasa simpan security code (bukan lock code) sebab security code membolehkan kita berhubung dengan service provider untuk deactivated the whole phone system.....

Kepada Pencurik,Penyeluk Saku,
Kalau bini aku korang amik sebab nak bagi anak bini yang tak cukup makan kat rumah AKU HALALKAN..... tapi kalau korang amik berfoya foya di sana sini jual utk kepentingan peribadi ataupun guna untuk mengugut dan menjatuhkan maruah orang lain,tiada maaf kepada dirimu dunia wal Akhirat,kalau jumpa Maaflah aku akan hilang budi bahasa.....

Kepada Pemukau Pemuki

Hari ini hari kau......sebab aku tak amalkan ilmu yang aku belajar Insyallah aku akan hantar balik untuk carik kau hidup hidup,janji tetap janji balasan itu akan menanti tak dapat barang dapat tuan nyer pun jadi la kan.....

Kepada teman sahabat beringat sebelum kene kita mungkin menjadi mangsa di saat kita tak dan sangat sangat tidak menyangka...... semoga ada hikmah di sebalik kejadian kali ini .... jangan terleka seperti penulis cerita...


Baca Artikel Penuh..



Blues Monday? Oh memang ya.....

Salam dan selamat hari isnin....

blues monday ke? nampak gaya begitulah kan
al kisahnya bahawasanya Acc division akan di pindahkan ke new office lot....
sedih sudah sebab tak bleh lepak2 ngan budak tax ngan audit ....

dah la lot baru tu hanya budak2 accounts sahaja maka akan adalah kebosanan di situ
tambah bosan lagi with effective hari ini line internet aku pun akan di tarik
bagi membolehkan multi user pc di setup dengan internet untuk semua staff user ok fine!

Wifi free pun henset tak dapat nak detect sebab jauh dari main office :-( ok ini sudah lebih...
jiwa tertekan membayangkan peek period akan menjelma next Januari...serious walaupun senior la sangat kan namun staff benefit alahai kecwa gila...takperlah kalau tak nak bother about staff benefit dont expect we will do the same to the company alahai keje besepah lagi kat kolumpu ni

Jadi lepas ni tak dpat la nak toink2 singgah tengah hari tak dapat la haaa kantoi bukak periuk ye ( bulan puasa) lagi next year tak dapat la nak jalan jalan ke blog kawan kawan during lunch haur sambil curik makan....sedih gila......

waktu berblog dan berupdate juga telah berubah dari petang sampai malam dan subuh sampai time nak pergi keja...... (blog walk sekali la) di jangka trafik akan sedikit terjejas tapi tak apalah bukan trafic yang bayar sewa rumah dan installment kereta tiap tiap bulan jadi hamba gagahi jua.....

Well guys full time student or suri rumah tangga appreciate la peluang depan mata :-) jangan complaint sangat line lembap atleast korang tak terkurung mcm ambo ni mcm jail ada la jugak kan choi2.......

btw saja nak tatap kan video of of my collegue yg bawak adik dia time pindah office last friday namanya JAJA comel dan meriangkan :-) tapi nanti parent dia balik dari Mekah tak ada la lagi kan....

layan je la :-(






Baca Artikel Penuh..



Bekerja dengan swasta Vs Pelajar Separuh mas

 

Assalamualaikum jarang betul dapat update entry on the spot
tapi benar lah kata pepatah alang alang menyeluk perkasam biar ke pangkal lengan
alang alang dah berblog biar update bersepah sepah
hahah. Benarlah kata pujangga untuk mengupdate blog tak perlu ilmu sampai ke langit cukup sekadar dengan meluahkan apa yg terpendam mengulas apa yg berlaku dan berkongsi bersama teman dan rakan.


Nah inilah hasilnya bila dah lama lama lama setiap idea akan datang spontan tanpa di duga
takperlu la sampai buka kamus dewan bahasa edisi tujuh tahun sekian sekian hahah merepek sudah

Bukan senang nak menguruskan masa. Sesungguhnya pengurusan masa itu amatlah bernilai ilmunya yang tiada dalam silibus peljara secara direct semuanya di beri se cara indirect. Bagi seorang pekerja swasta mcm ambo dan juga pelajar separuh masa bukan senang nak balance timing bila keje da besepah sepah dateline dah dekat maka fokus utk belajar akan terjejas sedikit tapi tak mengapalah  kalau takot di badai ombak jangan bermimpi nak berumah di tepi pantai kan? biar susah sekarang senang kemudian bayangkan 9 am sampai 5.30 pm keje 06.30pm sampai 9.30pm kelas sambung lagi tutup kedai kat pasar malam lepas 10.30pm peh memang teharu beb. Hujung minggu la tempat ambo mengadu nasib :-p

Di sebabkan perlu untuk mencari duit utk family ambo decide utk terus kerja lepas Dip so skarang baru la nak buat Ijazah mungkin terlewat mungkin lambat tapi tak apa rezeki ambo datang dulu ada yg da grad pun masih tanam anggur ta gitu? to be honest zaman kerja skarang bukan setakan on certificate it is on how u selling yourself to the company adding value katanya hahaha

Belajar separuh masa juga adalah menarik kita tak terikat mcm pelajar sepnuh masa dengan pelbagai rubbish si libu yang menekan kan apa yang di pelajari bukan penuh dengan rencah yang merepek2 to be honest most of what we learn in Universiti or college tak represent working life kita? tak percaya cubalah hahahah Ada ijazah pun kalau perangai sampah sombong tak bertempat padahal mesin photostate pun tak reti guna apatah lagi nak faks memang ambo bantai gelak je kan :-)

Kisah sebenanrya adalah mengenai assigment besok dateline hari ni baru nak finalise nasib baik semua data dah ada tinggal lagi re arrange tambah garam tambah ajinomoto dan bagia bagai lagi harap di beri la kekuatan hari ini agar semuanya enak enak belaka

Kepada yang nak exam good luck ambo punya bulan december hahaha ada sapa sapa nak buat praktikal kat accounting firm? let me know kita boleh usaha heheh

Jom singgah rumah mummy ellen nak :-)

Sambung Keje ~~"


Baca Artikel Penuh..



Teruja Teruja hahahha :-)

Assalamualaikum
Selamat tengah hari :-)
hari ni agak kurang nak menyibukkan diri
sebab manager dah amik cuti untuk deepavali
bos pulak baru masuk so banyak la file yg kene di amend
bukan senang nak senang kan
dalam kerajinan blogwalk sambil post dekat kelab blogger
yang di asaskan oleh encik Ben10 :-)

Hah nama yg tak perlu di perkenalkan lagi di dunia blog
seorang yg SASA mesra dan tak kedekut ilmu
percaya tak? tak percaya gi la tanya dia
apa apa soalan selagi boleh dia akan tolong
tapi dia prefer blogger2 usaha sendiri

Dia juga tak kedekut utk membawa blogger baru di ketengahkah
melalui sole entry sebab tinta bicara jugak pernah dapat satu entry dari blog
beliau percaya melalui segmen jelajah BA cuma terkilan sebab sekejap sangat post dia
hehe walau bagaimanapun tetap mantop :-)

So apa lagi pergi la berkenalan dengan beliau
dan post link secara percuma dengan Kelab Blogger



Baca Artikel Penuh..



Bila Tinta Berbicara - Lebih Santan Lemak Berkrim di Sukai Ramai :-)


Assalamualaikum

Selamat hari Sabtu :-) Menaip ketika waktu subuh ingin menjelma :-) setelah diserang oleh malware dari segi layout design maka Tuan Empunya Blog telah mengambil keputusan melakukan rombakan secara besar besaran untuk mengatasi masalah dan juga memberi nafas baru kepada Bila Tinta Bicara Nah inilah hasilnya……



Blogger template yang lebih ringan Mesra SEO ha tapi ada yg kata macam kaler air anggur :-) hehe terima kasih atas feedbacl :-)

Antara perkara baru yang ditelah disusun atur di dalam bila tinta berbicara adalah

  • Friend Forever Program FFP
  • Chat
  • About Me
  • Disclaimer
  • dan juga SiteMap
Semua ini telah di bahagikan mengikum kolum mereka yang tersendiri supaya ianya kelihatan lebih kemas menarik dan teratur :-)

Friend forever program - adalah exchange list program di mana anda boleh membaca entry mengenainya di sini so tambahkan link anda agar mudah di lawati ye :-)

Chat adalah ruangan diskusi borak borak kosong dan meninggalkan tapak kaki :-) jadi setiap yg singgah manually ataupun auto blog walk akan di balas jejak. hanya website yang mencurigakan sahaja yang tidak akan di balas :-)

About me adalah mengenai tinta bicara :-) masih belum di update secara sepenuhnya

Disclaimer adalah ruangan penafian atas segala artikle yang diterbitkan :-)

Site Map pula adalah setiap kategori yang pernah di ceritakan oleh tinta bicara di sini :-)

Rombakan besar besaran ini adalah utk memastikan Bila Tinta Bicara lebih memenuhi SEO requirement Lebih ringan untuk di loading Sebarang kritikan pandangan dan pendapat boleh lah di berikan kepada saya di sini ye agar blog ini boleh dan boleh di perbaharui :-)


BilaTintaBicara - Menulis bukan kerana Nama


Baca Artikel Penuh..



Tazkirah Jumaat - Jawapan Kepada Isu Betudung

Assalamualaikum
Selamat Hari Jumaat :-)
Entry yang telah di draft pada subuh hari selasa ini adalah bagi menjawab
segala statement yang mana

"Aku pakai tudung bila datang seru"
"tak guna jugak pakai tudung kalau baju ketat"
"Ala aku tak pakai tudung solat jaga jugak orang pakai tudung tu tak solat"
"Alah pakai tudung nak cover buat jahat buat apa"

Bukan mahu mengata jauh sekali berlagak baik
sekadar perkongsian ilmu
di ceduk dari Uztaz Zaharudin 100% tanpa sebarang pengolahan
kerana ia adalah sumber bacaan terbaik...

-------------------------------------------------------------------------------
) Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.

Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :-

* Aurat wanita apa sudah jadi?
* Wanita, aurat dan Kerjaya



Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.

Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.

Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.

Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.

Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.

Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!

Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.

Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.

Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.

Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.

Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.



2) MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.

Sebelum mengulas, isu sebegini telah pernah saya ulas sbeelum ini di artikel : Bertudung Sambil Hina Hukum

Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung.

Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat.

Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.

Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu' SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BEROSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT.

Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak.

Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh sebagaimana yang telah saya terangkan di dalam artikel ‘Aurat Wanita Apa Sudah Jadi'

Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha

Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.

Sabda Nabi :-

خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه ..

Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)



3) WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.

Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong sesoerang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah.

Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, "kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit", ia telah kita bincang di atas tadi.

Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat tetapi buruk.

Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama, saudari sebenanrya adalah sebahagian dari mereka kerana :

Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat.

Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.

Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai syaitan iaitu seksi.

Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah.

Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.



4) BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin beurbah. Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah.

Moga Allah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini.

Saya juga doakan saudari untuk segera berHIJRAH KE ARAH kebaikan, dan teruslah kita semua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita.


Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

TintaBicara
Terang lagi bersuluh apa itu kewajipan apa itu paksaaan apa itu kerelaan kan?
Sesungguhnya kita semua di dalam kerugian melainkan berpesan pesan dengan kebenaran dan juga berpesan pesan dengan kesabaran. Tegurlah untuk membina tegurlah kerana erti sebuah persahabatan :-)

Barakallah


Baca Artikel Penuh..



Selasa– Jom Tenangkan jiwa :-0

Assalamualaikum Selamat Hari Isnin :-)

Wah tak sangka juga ramai yang bersurat surat di zaman sekolah sekolah rendah dulu ye ,alahai kalau lah sekolah perempuan mesti geli geliman kan,tak pun sekolah lelaki sahaja heheheh. tak kene jiwa langsung :-) ok lah besok dah nak keje. yang ada kelas akan ke kelas tak lupa jugak musim convo dan musim final exam mesti kusut kan

So jom la layan lagu ni kejap buat riles minda . Video ini di ambil semasa kedatangan penyanyi tersbut di UIA :-) banyak kabel wes tinta bicara dengan budak UIA cuma dah lama tak jengah2 ke sana biasalah alasan klise busy kerja :-) latihan wataniah juga dah kelaut tak aktif mana dah sibuk membesarkan spare tyre katanya :-)

Anyways sebelum dengar lagu ni sila tekan stop untuk lagu di bawah ye :-



Fuh tenang je jiwa di hati kan ;-).

Percayalah wahai teman dan rakan tiada sesiapa pun di didunia ini yang tidak pernah tewas dengan bisikan syaiton kerana kita bukanlah maksum yang terpelihara dari perkara keji dan mungkar. Kita hanya manusia biasa yang hina dalam mencari Keredhaanya. Apa yang penting adalah bagaimana kita meneruskan kehidupan dan bangkit dari setiap kegagalan dan terus berlai mengejar cita cita dan impian kita

Semoga Tinta Bicara teman rakan dan taulan diberikan petunjuk dan Hidayah Daripada yang MAHA ESA

Barakkallah



Baca Artikel Penuh..



Kenangan Oh Kenangan – Surat Chenta dan Biodata

Assalamualaikum

Ini adalah entry ke dua menggunakan Window Live Writter. Masih lagi dalam proses pembelajaran namun entry tetap mesti di update tak gitu :-0

Ok Sebelum Masuk ke topi utama Masih masing ada pengalaman di zaman persekolahan dulu tak gitu? berchenta meminati dan jatuh hati pada insan yang bergelar gadis walaupun perasaan beruk harimau ke gajah ke bukan senang nak jatuh hati kan :-).

Sebelum meneruskan pembacaan sila tekan dulu lagu ni ye baru boleh amik feel ;-)

Oraite baru ada feel :-).Zaman sekolah2 merupakan zaman yang paling manis dan juga meninggalkan banyak erti sebuah kenangan kepada pemilik tinta bicara. Daripada hingus meleh sampai ke minat wanita dari rambut serabai sehingga ke rambut bechkam semua hendak di cuba :-) eh lari topik plak . Hahah sebenarnya tinta nak kongsi pengalaman dan bertanya kepada pembaca aka rakan rakan sekalian sama ada pernahkah kita jatuh cinta atau jatuh hati pada sesorang di zaman sekolah2 dulu.

Almaklumlah zaman sekolah tiada Facebook Myspace pun belum nak gegar Malaysia streamyx apatah lagi kan? Jadi metadologi  terbaik menyampaikan hasrat kepada sesorang adalah melalui surat :-) antara surat surat yang pernah di tukar atau diterima tinta adalah ini ye :-)

surat 1 

surat 2

Gambar yang ini semuanya budak satu sekolah ada yang kenal time pesta pantun,pesta debat ,kawad kaki mahupun juga dalam atau kelas sebelah memang menarik biasanya surat surat begini di letak bedak atau minyak wangi dan posto akan di beri upah untuk menghantar surat ni . Ada jugak kes budak perempuan tu jatuh hati kat posto yg tolong hantar surat melepas den ~~”

Bila dah pandai sikit mula la berutus surat dengan budak sekolah lain hahah pernah sekejap dengan budak SBPI wehhhh bukan senang budak2 pandai tuh ini contoh surat ye dalam tulisan jawi pun ada 

surat jawi

Hebat tak ini belum masuk dengan biodata biodata yang di exchange bersama sama ada lebih kurang satu plastik heheh tapi satu je yg tinta mahu kongsikan deman teman semua iaitu yang ini 

biodata 1

Tak lupa juga biasanya di akhir kalam akan ada penutup pecah gelas pecah kaca sudah baca harap balas,pantun berkerat kerat dan juga nota kaki mcm ni p/s : hahahah tersenyum jugak bila kemas kemas bilik dan punggah semua barang peribadi seolah memori itu diputar dan dimainkan semula berulang ulang kali sesungguhnya zaman belajar adalah zaman terindah tak kira la time kolej atau pun sekolah :-)

Ini adalh contoh penutup penutup surat :-)

penutup 1

penutup 2

Wah rasanya ini adalah sole entry untuk hari ini saja nak biar di buai kenangan kenangan silam :-) hahaha

  • p/s Window Live Writter menjadikan tulisan dan allingment kita kemas la sangat jatuh hati dengan window live writer
  • kalau internet down pun kita masih boleh menaip dan hanya publish bila kita ada connection balik so memang relevan kan :-)
  • KENANGAN PEMBACA SEMUA bagaimana pula ? :-)


Baca Artikel Penuh..



Gambar Sekadar Untuk Membuka Minda....

Apa sudah jadi dengan Malaysia tercinta
dah tengok pembinaan ini
3 gambar pertama ada koleh universiti islam Terengganu - KUSTEM





Gambar satu lagi adalah di present 5 Putrajaya

ada ke sesiapa yang sedar isu ini
tinta yang tidak pasti telah melakukan carian di google map dan new dan web
ternyata tiada satu pun penunjuk yg tepat di mana google map tidak lagi dapat memberikan imej yg seperti di atas?
Ada sesiapa yang boleh mensahihkan gambar ini ?
supaya kita sama sama dapat menimba lebih banyak ilmu
ataupun sebenarnya kita di bawah pengaruh mereka
tanpa kita sedari?
Siapa Mereka?Wallahualam
sangat berharap gambar ini tidak sahih semata mata ....

Buka Minda Buka Mata Kenali Diri
BilaTintaBicara Malam Khamis yang nyaman



Baca Artikel Penuh..



 Online User